Berita Harian

Tak sempat beli baju graduasi tadika

-

di tempat kejadian dihantar ke Hospital Kota Belud, manakala Vera Alira dan Neta masing-masing meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kota Belud serta Hospital Queen Elizabeth 2 di Kota Kinabalu.

Sementara itu, menceritak­an detik ngeri itu, pemandu Perodua Kancil, Azimah Jiran, 34, berkata kenderaann­ya melambung dan tercampak di tepi parit sebaik dirempuh Gen2 berkenaan.

“Saya tak ingat apa-apa, tiba-tiba ada kenderaan (Gen2) merempuh tepi kereta PERODUA Kancil yang saya pandu, sebelum kereta saya melambung ke tepi jalan berhampira­n parit.

Lambai tangan minta tolong

“Selepas itu, saya cuba membuka pintu kereta tetapi tidak boleh. Saya kemudian mengangkat tangan melambai-lambai dalam keadaan lemah untuk meminta tolong sebelum dua lelaki datang memecahkan cermin kereta lalu membantu saya keluar.

“Saya cari telefon bimbit di dalam beg tangan dan menghubung­i suami serta kakak yang tiba tidak lama kemudian sebelum dibawa ke hospital,” katanya ketika ditemui di Jabatan Kecemasan Hospital Kota Belud.

Sementara itu, suaminya yang hanya mahu dikenali sebagai Lamdin, 35, berkata keadaan di lokasi nahas begitu ngeri kerana ada pemandu serta penumpang tersepit termasuk antaranya dipercayai sudah meninggal dunia, selain ada mangsa tercampak di jalan raya.

Beliau yang juga antara saksi awal yang tiba di tempat kejadian berkata, dia menerima panggilan daripada isterinya memaklumka­n terbabit dalam kemalangan bersama beberapa kenderaan lain menyebabka­n beliau bergegas ke lokasi.

“Sebaik tiba, saya lihat keadaan begitu mengerikan, pada masa itu, saya cuma terfikir untuk mencari isteri.

“Saya nampak kereta Perodua Kancil dipandu isteri di tepi parit di lokasi kemalangan. Sebaik melihat isteri selamat dan hanya cedera ringan, saya lega dan bersyukur,” katanya yang tinggal kira-kira empat kilometer dari lokasi nahas. Kota Belud: Vera Alira Jalius, 6, sepatutnya berjumpa ibunya di Kota Kinabalu semalam untuk membeli pakaian baharu sempena majlis graduasi tadikanya, namun hasrat kanak-kanak perempuan itu tidak kesampaian apabila dia maut dalam nahas empat kenderaan, di sini.

Ibu Vera Alira, Masnah Alira, 36, berkata dia yang bekerja di Kota Kinabalu menunggu kedatangan anaknya itu pagi semalam untuk dibawa membeli pakaian baharu sempena graduasi tadika anak bongsu daripada lima beradik itu pada 17 November depan di Kudat.

Terbabit nahas

“Saya tidak sabar dan begitu teruja untuk berjumpa Vera Alira, namun terkejut apabila menerima panggilan yang dia terbabit dalam kemalangan di Kota Belud. Saya bergegas ke hospital untuk melihat keadaannya yang pada mulanya dilaporkan cedera parah.

“Dia tinggal di Kudat bersama keluarga saya dan kali terakhir berbual dengannya ialah dua hari lalu. Vera Alira ada menghantar rakaman suara dia menyanyi lagu kegemarann­ya iaitu Kurela Dibenci nyanyian Aiman Tino,” kata ibu tunggal itu ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Kota Belud, semalam.

Meninggal di hospital

Vera Alira yang menaiki Proton Saga meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kota Belud jam 11.15 pagi.

Mangsa sebelum itu dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak (HWKK) Sabah, di Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut, namun ambulans terpaksa berpatah balik ke Hospital Kota Belud berikutan keadaannya yang semakin kritikal.

Kakak saudara Vera Alira, Sarini Body, 21, dan tunangnya yang juga pemandu Proton Saga berkenaan, Alibasa Alibaba, 24, parah.

Difahamkan, Vera Alira dan Sarini menumpang kenderaan itu kerana Alibasa sepatutnya berlepas ke Australia hari ini melalui Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu kerana bekerja di negara berkenaan.

 ?? [FOTO IHSAN BOMBA] ?? Anggota bomba dan penyelamat mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam nahas di Jalan Kampung Keguraan, Kota Belud, pagi semalam.
[FOTO IHSAN BOMBA] Anggota bomba dan penyelamat mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam nahas di Jalan Kampung Keguraan, Kota Belud, pagi semalam.
 ?? [FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH] ?? Suasana pilu menyelubun­gi ahli keluarga mangsa kemalangan di pekarangan Hospital Kota Belud, semalam.
[FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH] Suasana pilu menyelubun­gi ahli keluarga mangsa kemalangan di pekarangan Hospital Kota Belud, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia