Berita Harian

Aset 2 bapa saudara anak yatim dibeku

Tunggu keputusan kes nafkah, hak penjagaan

- Oleh Siti Nurazlinee Azmi

Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam mengekalka­n perintah membekukan tiga akaun bank milik dua bapa saudara kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa dalam kemalangan maut di Lebuhraya Duta Ulu-klang Expressway (DUKE), tahun lalu.

Hakim Syarie, Nassir Abdul Aziz, membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Hamizar Husain, 44, dan Muhammad Faizznur Asyraf Husain, 26, selaku pemohon untuk mengetepik­an perintah ex-parte bagi membekukan akaun mereka.

Nassir berkata, pembekuan aset akan diteruskan sehingga kes berkaitan nafkah dan hak penjagaan diputuskan mahkamah.

Katanya, pengurusan Maybank Berhad perlu memberi kerjasama dalam membekalka­n dokumentas­i berhubung transaksi, manakala responden, Yusnidah Husain, 48, diminta melantik akauntan bertauliah bagi membuat pengaudita­n transaksi sumbangan orang ramai menerusi tiga bank itu.

“Semua laporan terbabit perlu difailkan kepada mahkamah dua hari sebelum prosiding kes induk (nafkah) berlangsun­g,” katanya.

Larang transaksi

Mahkamah turut melarang dua bapa saudara adik-beradik menjalanka­n transaksi terhadap akaun bank terbabit sehingga kes induk diputuskan mahkamah.

Pada 19 Mei lalu, Yusnidah memperoleh perintah mahkamah berhubung pembekuan aset akaun bank milik adik-beradiknya.

Yusnidah hadir bersama peguam syarie, Mahyuddin Md Zahri, manakala dua pemohon tidak diwakili peguam.

Nur Firuza Amira, 8, dan Nur Firuza Aqila, 5, kini berada dalam jagaan Yusnidah.

Mahkamah menetapkan 28 November ini untuk perbicaraa­n kes nafkah membabitka­n dua kanakkanak itu.

Nahas pada Mei tahun lalu mengorbank­an ibu bapa dua beradik itu, Fairuz Nizam Husain, 35, Nova Safitri Azhari, 27, serta adik mereka berusia tujuh bulan, Nur Firuza Annisa.

 ?? [ FOTO AIZUDDIN SAAD/BH ] ?? Muhammad Faizznur dan Hamlizar Husain (kiri), hadir pada perbicaraa­n tuntutan hak penjagaan dan nafkah anak mangsa kemalangan DUKE 2015 di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
[ FOTO AIZUDDIN SAAD/BH ] Muhammad Faizznur dan Hamlizar Husain (kiri), hadir pada perbicaraa­n tuntutan hak penjagaan dan nafkah anak mangsa kemalangan DUKE 2015 di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
 ??  ?? Yusnidah Husain
Yusnidah Husain

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia