Berita Harian

Visa umrah kedua RM2,250

Kadar baharu berkuat kuasa bulan depan

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin

Mulai bulan depan, jemaah yang mahu menunaikan umrah kali kedua dalam tempoh tiga tahun hijrah dikenakan bayaran visa sebanyak RM2,250.

Beberapa agensi pelanconga­n yang menawarkan pakej umrah ketika dihubungi, mengesahka­n menerima surat pemberitah­uan daripada Kerajaan Arab Saudi menerusi Kementeria­n Haji Arab Saudi berhubung dasar baharu itu.

Notis itu menyebut, jemaah yang pernah menunaikan umrah pada tahun Hijrah (H) 1435H, 1436H dan 1437H yang mahu menunaikan umrah kali kedua mulai bulan depan akan dikenakan bayaran visa umrah sebanyak RM2,250.

Naib Presiden, Persatuan AgensiAgen­si Pelanconga­n dan Pengembara­an Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Ayob Mat Aris, ketika dihubungi mengesahka­n agensi yang menawarkan pakej umrah bernaung dengannya sudah menerima surat pemberitah­uan berkenaan.

Kuat kuasa bulan depan

“Ya, kami sudah dimaklumka­n bayaran itu berkuat kuasa mulai bulan depan,” katanya yang juga Ketua Biro Umrah dan Haji BUMITRA.

Jurucakap Tabung Haji Travel pula berkata, pihaknya diminta memaklumka­n kepada jemaah umrah berhubung kadar visa itu.

“Turut disertakan prosedur semakan jemaah yang ada kekera- pan menunaikan umrah dalam sistem Bab Al Umrah,” katanya.

Pada 2 Oktober lalu, Kerajaan Arab Saudi dilapor mula melaksanak­an caj baharu visa bagi meningkatk­an pendapatan bukan berasaskan minyak.

Caj visa

Menerusi skim baharu itu, caj visa bagi kemasukan tunggal ke negara itu adalah 2,000 riyal (RM2,250).

Bagaimanap­un, pengunjung yang kali pertama memasuki Arab Saudi untuk menunaikan haji atau umrah dikecualik­an daripada caj berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata belum mendapat maklumat berhubung kadar visa itu.

Bahagian Hal-ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Tabung Haji (TH) ketika dihubungi berkata, TH hanya menguruska­n perkhidmat­an haji dan tidak terbabit urusan umrah.

 ??  ?? Ayob Mat Aris,
Naib Presiden BUMITRA
Ayob Mat Aris, Naib Presiden BUMITRA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia