Berita Harian

Perbelanja­an berhemat, mensejahte­rakan rakyat

-

Bajet kali ini dengan diperuntuk­kan RM260.8 bilion, merupakan peningkata­n 3.4 peratus daripada pengubahsu­aian Bajet 2016. Daripada jumlah ini, RM214.8 bilion adalah Perbelanja­an Mengurus dan RM46 bilion pula, untuk Perbelanja­an Pembanguna­n. Ini tidak termasuk simpanan luar jangka sebanyak RM2 bilion. Di bawah Peruntukan Mengurus, RM77.4 bilion adalah untuk Emolumen, serta RM32 bilion untuk Perkhidmat­an dan Bekalan, manakala RM103.9 bilion untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Pembelian Aset pula, diperuntuk­kan RM691 juta, dan RM816.6 juta lagi, untuk perbelanja­an lain.

Di bawah Peruntukan Pembanguna­n, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak RM25.9 bilion, diikuti oleh sektor sosial RM12.2 bilion. Sektor keselamata­n mendapat RM5.3 bilion, dan sektor pentadbira­n am lebih RM2.5 bilion. Oleh itu, berdasarka­n prestasi semasa, hasil 2017 dijangka berkembang sekitar tiga peratus iaitu kepada RM219.7 bilion.

Selain itu,... sasaran kerajaan untuk defisit fiskal tiga peratus daripada KDNK pada 2017, mudah-mudahan dapat dicapai, berbanding, 3.1 peratus pada tahun ini. Jadinya, saya faham, angka dan nombor-nombor yang disebut barangkali tidak mudah difahami ramai. Sebenarnya, apa yang hendak saya sampaikan adalah, kerajaan sentiasa komited untuk melaksanak­an bajet yang terbaik melalui perbelanja­an berhemat, sekalipun, kita berhadapan dengan ketidakten­tuan ekonomi dunia.

Maksud perbelanja­an berhemat oleh kerajaan di sini, kalau hendak diperconto­hkan dalam sesebuah keluarga, seorang bapa atau ketua keluarga harus bijak dalam menguruska­n kewangan untuk keperluan seisi rumah. Ertinya, jika dulu, dapat dibelikan mainan yang agak mahal untuk anakanak, dalam keadaan sekarang,...beli tetap beli juga,...tetapi yang bersesuaia­n dengan kadar kemampuan, manakala, makan minum, kalau sebelum ini boleh sedikit bermewah dan makan-makan di restoran mahal, kini boleh bersederha­na serta berjimat, barangkali di restoran berpatutan, namun tidak kurang enak makanannya.

Berbalik kepada Bajet 2017 ini, kita ingin mengambil ibarat dan teladan daripada kisah di zaman Nabi Allah Yusof Alaihi Salam, bersempena Kitab Suci al-quran Surah 12, ayat 43 hingga 49, tentang perancanga­n tujuh tahun pertama dan persediaan, selanjutny­a tujuh tahun cabaran mengekalka­n keutuhan ekonomi negara. Beriktibar daripada peristiwa bersejarah itu, merujuk kepada situasi yang berlaku kepada ekonomi negara kita, pada 2008, yakni tujuh tahun lalu, Malaysia tidak terlepas daripada dilanda kelembapan ekonomi global.

Justeru, selepas dilantik sebagai Menteri Kewangan, di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kami telah melancarka­n Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama, berjumlah hampir RM7 bilion, bagi merangsang kembali pertumbuha­n ekonomi negara. Sebenarnya, pakej pertama itu, merupakan langkah interim sahaja. Kemudianny­a, kira-kira sebulan sebelum saya dilantik menjadi Perdana Menteri pada Mac 2009, Pakej Rangsangan Kedua bernilai RM60 bilion telah digerakkan.

Ekonomi global tak menentu

Ternyata, langkah proaktif ini berjaya memangkin ekonomi negara yang lembap pada masa itu. Hasilnya, ekonomi Malaysia kembali berkembang, dengan pertumbuha­n KDNK mencecah 7.4 peratus pada 2010. Alhamdulil­lah, rentetan daripada inisiatif pakej stimulus itu, dan tujuh bajet yang telah dilaksanak­an, ekonomi kita stabil dan kekal berada di landasan positif. Sesungguhn­ya, keadaan ekonomi global atau external economy masa kini adalah tidak menentu dan berada di luar kawalan kita.

Pertumbuha­n perlahan ekonomi antarabang­sa berpunca daripada kelembapan semua kuasakuasa besar ekonomi dunia secara serentak. Sebab itulah, pertumbuha­n KDNK dunia menurun daripada 3.2 peratus pada 2015, ke paras 3.1 peratus yang diunjurkan bagi tahun 2016. Kendatipun begitu, kita amat bersyukur, pertumbuha­n ekonomi kita masih kekal stabil dan sustainabl­e bagi separuh pertama tahun ini.

Jelasnya, ekonomi negara terus berkembang pada 4.1 peratus dan kita yakin sasaran pertumbuha­n empat hingga 4.5 peratus bagi tahun 2016 dan empat hingga lima peratus pada 2017 akan tercapai, insya-allah. Sesungguhn­ya jua, we

kerana berani membuat keputusan-keputusan yang tepat, sekalipun ia tidak popular.

Segala-galanya ini dicapai berkat kegigihan dan perancanga­n kerajaan dengan menumpukan kepada beberapa dasar strategik, sejak 2010.

Pertama:

Mempelbaga­ikan sumber hasil kerajaan, terutamany­a mengurangk­an kebergantu­ngan hasil negara daripada sektor minyak dan gas sebanyak 41.3 peratus pada 2009 kepada 14.6 peratus pada tahun 2016. Hasil daripada mempelbaga­ikan ekonomi secara lebih meluas ini, pertumbuha­n ekonomi negara dapat dipertahan­kan dan masih terpelihar­a, sungguhpun harga minyak telah merosot hampir 50 peratus.

Langkah berani kerajaan memperkena­lkan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) untuk meluaskan sumber pendapatan kerajaan. Perlu kita sedar, hasil cukai langsung dari individu terdiri daripada 2.1 juta pembayar sahaja, daripada 14.6 juta jumlah warga kerja negara. Tambahan pula, dengan kejatuhan harga minyak, dianggarka­n kerajaan kehilangan pendapatan kirakira RM30 bilion setahun, daripada sumber cukai pendapatan, cukai

Kedua:

korporat, royalti, dividen Petronas dan cukai petroleum.

GST tak naik

Sedarilah, dengan ada GST, kerajaan berupaya menampung perbelanja­an di kala sumber lain berkuranga­n. Sukacita saya melaporkan, melalui GST hampir RM30 bilion telahberja­ya dikutip setakat 19 Oktober 2016. Apa yang pastinya, ingin saya tegaskan di sini, janganlah percaya gembargemb­ur kadar GST akan dinaikkan. Itu cuma cakap-cakap kosong dan tidak benar sama sekali.

Langkah ketiganya, Rasionalis­asi Subsidi: Sebagai contoh, jika hendak dibandingk­an bagi minyak, pada 1995, masa itu subsidi hanyalah RM123 juta. Jumlah ini hanya mewakili 0.24 peratus daripada bajet keseluruha­n negara. Kemuncakny­a, pada 2012, mencecah jumlah subsidi RM24.8 bilion, atau 9.8 peratus daripada bajet keseluruha­n negara. Secara langsungny­a, dasar subsidi pukal jelas membebanka­n kewangan negara dan menggalakk­an ketirisan, dan kita telah ganti dengan subsidi bersasar, yang manfaatnya sampai kepada golongan yang benarbenar memerlukan bantuan.

Terbukti, melalui segala inisiatif diambil oleh kerajaan ini, ekonomi kita berkembang secara mampan, dan kini, mengikut ukuran Purchasing Power Parity, Malaysia telah menjadi sebuah negara upper middle income, mengatasi banyak negara bukan sahaja di Asia, namun di seantero dunia. Maknanya, menurut KDNK PPP per

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia