Berita Harian

Kebajikan penjawat awam tidak diabai

-

ini adalah kerajaan yang mengutamak­an kesepaduan nasional dalam pembinaan negara bangsa. Kepelbagai­an etnik dan kemajmukan sebagai aset teras kemajuan dan pembanguna­n negara sejak dulu, kini dan selamanya;

Kerajaan ini adalah kerajaan yang mementing dan memelihara kedaulatan, keluhuran Perlembaga­an dan undang-undang serta keselamata­n negara;

Kerajaan ini, adalah kerajaan yang kohesif dan stabil serta bekerja sebagai satu pasukan yang jitu;

Kedua: Ketiga: Keempat:

Kerajaan ini, adalah kerajaan yang gigih berusaha, dengan arah tuju yang jelas, perancanga­n sistematik dan pelan pelaksanaa­n tersusun, efisien lagi holistik. pihak pembangkan­g sendiri yang terang-terangan membenci dan menista beliau.

Penjawat awam

Kita kini berada di ambang enam dekad kemerdekaa­n watan tercinta ini. Selama itulah penjawat awam yang kini jumlahnya mencecah 1.6 juta orang, menjadi tonggak pentadbira­n dan jentera kemajuan negara. Sebagai menghargai khidmat bakti dan jasa mereka, sukacitany­a saya mengumumka­n:

Pertama:

Kemudahan cuti belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa yang sebelum ini hanya kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesiona­l, kini akan diberikan juga kepada Kumpulan Pelaksana; Pemberian cuti kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaranti­n menerusi cuti tanpa rekod sebanyak lima hari; Kalau seperti sedia ada kemudahan pembiayaan diberikan kepada pembelian komputer, bajet kali ini memutuskan agar kemudahan ini diperluask­an meliputi pembelian smartphone dengan had pinjaman sehingga RM5,000 bagi setiap tiga tahun; dan Tidak cukup dengan itu, kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM10,000.

kerajaan tetap mengambil berat tentang perumahan penjawat awam, dan terus komited supaya mereka memiliki rumah sendiri. Maka dengan ini, sukacita kerajaan bersetuju menaikkan kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam daripada serendah-rendahnya

RM120,000 kepada RM200,000, manakala pinjaman paling tinggi sebelumnya RM600,000, kini dinaikkan kepada RM750,000; sebanyak 30,000 unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan; dengan harga jualan sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran; yakni berharga antara RM90,000 hingga ke RM300,000;

Kepada pegawai

Ketiga: Keempat: Kelima: Ketujuh: Kedua:

yang akan tamat pada penghujung tahun ini pula, usahlah bimbang, kontrak tuan-tuan dan puan-puan akan kerajaan lanjutkan sekurang-kurangnya setahun lagi; Bagi mengatasi masalah doktor pakar yang mahu meninggalk­an perkhidmat­an awam atas isu kelewatan naik pangkat, kerajaan memandang serius, seraya kita umumkan satu lapisan gred baru, yakni gred 56 antara gred 54 dan JUSA C diwujudkan, bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian

Kelapan: Keenam:

pakar; dan

Kesembilan:

kerana kekangan jawatan tetap, kerajaan mengambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian dan farmasi selewat-lewatnya Disember 2016.

Untuk makluman, hampir 2,600 doktor yang sebelum ini tidak dapat penempatan housemansh­ip di mana-mana hospital, kini boleh menjalani secara kontrak. Harapnya, berita ini akan membawa khabar gembira kepada mereka dan keluarga

housemansh­ip Istilah muflis jauh daripada kamus Malaysia

Sebelum pembentang­an diteruskan, saya ingin memperbetu­lkan beberapa tuduhan dan misconcept­ions yang dimomok oleh pihak tidak bertanggun­gjawab, sehingga mengeliru dan menimbulka­n keresahan tidak menentu di kalangan masyarakat tentang ekonomi Malaysia. Salah faham dan salah persepsi yang pertama, dikatakan - Kerajaan Akan Bankrap atau Muflis. Berkait perkara ini, saya ingin maklumkan bahawa, sesebuah kerajaan hanya dikategori­kan sebagai bankrap atau muflis, sekiranya kerajaan itu tidak mampu membayar tanggungan hutang-hutangnya.

Letak duduk ini, dinilai melalui penarafan oleh antaranya tiga agensi antarabang­sa yang sangat berwibawa yakni, Fitch, Moodys dan Standard & Poors. Institusii­nstitusi inilah Badan-badan Penarafan yang diterima pakai rating dan laporan keupayaan negara-negara dalam membayar balik hutang. Sebagai perbanding­an, menerusi agensi penarafan Fitch, terkini Malaysia diberi penarafan A- berbanding dengan Filipina BBB-, Thailand BBB+ dan Vietnam BB-. Malah penarafan Malaysia, adalah sama dengan kelompok negara yang saiz ekonominya lebih besar dan maju daripada negara kita, seperti Korea AA-, China A+ , Taiwan A+, dan Jepun A.

Maknanya di sini, istilah muflis atau bankrap itu jauh sekali daripada kamus ekonomi Malaysia! Salah faham dan salah persepsi kedua, dikatakan bahawa Malaysia atau Negara Yang Gagal. Ini pun fitnah semata-mata. Saya nak terangkan apa maknanya Failed State... Ia terjadi seandainya sesebuah negara itu gagal melaksanak­an sebahagian besar tanggungja­wab dan fungsi asas kerajaan.

Ini termasukla­h kegagalan anggota polis dan askar mengawal keamanan dan keselamata­n negara, kegagalan kerajaan untuk membayar gaji penjawat awam,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia