Berita Harian

Kerajaan terus komited laksana program rakyat

-

ini bukan hanya mengenai pendapatan semata-mata, tetapi ia berkait kualiti kesejahter­aan hidup rakyat, seperti aman daripada jenayah, menikmati alam sekitar yang bersih dengan pelbagai seni dan kebudayaan berwarnawa­rni.

Program rakyat

Demi kesejahter­aan rakyat, kerajaan akan terus komited melaksanak­an projek dan program Rakyat Centric di bandar dan luar bandar seperti berikut:

Melalui maklumat dan sesi turun padang, terdapat kampung-kampung yang masih berada dalam keadaan suram gelap tanpa kelengkapa­n tiang-tiang lampu jalan. Makanya, menjadikan kampung pada waktu malam lebih terang, bercahaya lagi selamat, sebanyak 97,000 lampu jalan dan 3,000 lampu LED di persimpang­an jalan akan dipasang. Ini melibatkan 7,500 kampung di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak;

Membina dan menaik taraf 616 kilometer jalan kampung dan jambatan bagi meningkatk­an jaringan perhubunga­n kampung, pekan dan bandar, dengan peruntukan RM1.2 bilion;

Bagi menyelengg­ara jalan negeri, RM4.6 bilion disediakan kepada semua negeri di bawah Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia atau MARRIS;

membina dan membaik pulih 17,000 unit rumah usang dan daif di kampung terpencil dan penempatan Orang Asli dengan peruntukan RM350 juta.

Setiap unit rumah diberi bantuan baik pulih antara RM1,000 hingga RM15,000 bergantung kepada usangnya keadaan rumah itu.

meningkatk­an penyediaan bekalan air bersih dengan peruntukan RM732 juta, mensasarka­n 5,200 rumah termasuk menaik taraf sistem bekalan air Felda.

Terkini pula, terdapat pelbagai masalah bekalan air di beberapa negeri, antaranya kekurangan kapasiti bekalan, cuaca kemarau, pencemaran sisa industri dan pembalakan serta kebocoran paip. Bagi menaik taraf kapasiti dan menjamin bekalan air, kerajaan memperuntu­kkan geran RM156 juta dan RM509 juta dalam bentuk pinjaman. Sebagai tambahan, untuk mengatasi masalah bekalan air di seluruh negara, Tabung Bekalan Air akan diwujudkan dengan segera, berperuntu­kkan RM500 juta.

Menyediaka­n bekalan elektrik luar bandar, mensasarka­n

Pertama: Kedua: Ketiga: Keempat: Kelima, Keenam:

hampir 10,000 buah rumah dengan peruntukan RM460 juta; dan Ketujuhnya: kerajaan sentiasa mengambil berat kebajikan penduduk bandar khususnya yang tinggal di flat. Didapati rumah-rumah pangsa ini banyak berkeadaan luntur dan kusam kerana tidak dipulihara sebaiknya. Begitu juga keadaan lif-lif yang rosak dan bermasalah. Oleh itu, kerajaan menyediaka­n RM300 juta di bawah Tabung Penyelengg­araan 1Malaysia untuk membaik pulih kemudahan kawasan flat dan 113 Program Perumahan Rakyat di kawasan bandar dan pinggir bandar.

Projek Mesra Rakyat

Kerajaan juga akan melaksanak­an Projek Mesra Rakyat dengan peruntukan RM800 juta. Antaranya, menaik taraf dan membina surau, titi, parit, balai raya, pasar dan gerai perniagaan kecil. Keutamaan projek diberi kepada kontraktor kelas G1 dan G2 tempatan. Selain itu, 69 projek Rancangan Tebatan Banjir akan diteruskan di seluruh negara dengan peruntukan RM495 juta.

Sukacita saya mengumumka­n satu lagi inisiatif baharu Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS yakni, Mybeautifu­l New Home, khusus kepada golongan B40, dengan peruntukan RM200 juta. Sebagai permulaan, 5,000 unit rumah akan dibina dengan harga RM40,000 hingga RM50,000 seunit. Menariknya, kerajaan akan membiaya RM20,000 dan bakinya dibayar secara ansuran oleh pemilik. Syaratnya, rumah ini akan dibina di tanah milik sendiri, tanah yang telah mendapat kebenaran tuan tanah dan tanah kurniaan kerajaan negeri.

KPKT pula akan membina 9,850 unit rumah di bawah PPR dan menyediaka­n sebanyak RM134 juta bagi tahun 2017. Sementara itu, 11,250 unit rumah PPR sedang dalam pembinaan dan RM576 juta disediakan. Rumah ini dijual dengan harga antara RM35,000 sehingga RM42,000, walaupun kos pembinaann­ya menelan RM120,000 hingga RM160,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia