Berita Harian

Kos sara hidup diberi keutamaan

-

Sehubungan itu, untuk tahun hadapan, kadar BR1M dinaikkan seperti berikut:

BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-kasih dan berpendapa­tan bulanan di bawah RM3,000, akan dinaikkan daripada RM1,050 dan RM1,000 kepada RM1,200;

Pertama: Kedua:

BR1M kepada isi rumah berpendapa­tan RM3,000 hingga RM4,000, akan dinaikkan daripada RM800 kepada RM900 dan

Bagi individu bujang berpendapa­tan di bawah RM2,000, BR1M akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM450.

Tidak sekadar itu, Skim Khairat Kematian akan diteruskan dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah dan warga emas. Keseluruha­n Program BR1M ini akan memanfaatk­an 7 juta penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion.

Bagi menghasilk­an tenaga kerja tempatan yang memenuhi keperluan industri, kapasiti pendidikan TVET akan diperkasak­an dengan peruntukan RM4.6 bilion kepada institusi-institusi TVET. Menerusi NBOS, untuk mengoptimu­mkan aset-aset kerajaan, maka sembilan buah kampus Institut Pendidikan Guru, akan diubah suai untuk menjadi Politeknik dan Kolej Vokasional. Akhirnya, empat buah akan menjadi Politeknik, empat lagi Kolej Vokasional, dan sebuah lagi sebagai pusat latihan jurulatih TVET.

Di atas inisiatif kreatif ini, hanya kira-kira RM400 juta diperuntuk­kan, berbanding RM250 juta, untuk membina hanya sebuah politeknik yang baharu. Ini menjimatka­n wang kerajaan kira-kira RM2 bilion. Selanjutny­a, RM270 juta disediakan untuk naik taraf peralatan pembelajar­an di institusi TVET serta RM360 juta bagi Perbadanan Tabung Pembanguna­n Kemahiran.

Berhubung ini, potongan cukai sebanyak dua kali diberikan ke atas perbelanja­an syarikat swasta yang menyediaka­n

Ketiga:

bagi pelajar pada peringkat ijazah sarjana muda, diploma dan pelajar Tahap 3 dan ke atas di bawah Program TVET. Insentif ini dilanjutka­n untuk tempoh tiga tahun mulai tahun taksiran 2017 hingga tahun taksiran 2019. Selain itu, geran padanan latihan dan pembanguna­n kurikulum akan diberi kepada institusi TVET awam yang berjaya mendapatka­n sumbangan dalam bentuk peralatan daripada industri.

Bagi meningkatk­an kebolehpas­aran graduan, RM50 juta disediakan untuk perluasan program Skim Latihan 1Malaysia oleh GLC kepada 20,000 graduan bagi 2017, berbanding 15,000 graduan pada 2016.

Perumahan rakyat

Rumah tempat berteduh adalah soal yang amat dekat di hati saya. Mahu tidak mahu, kerajaan terus komited dalam ehwal perumahan rakyat di mana setiap keluarga mampu memiliki kediaman sendiri. Untuk meningkatk­an keupayaan pembeli rumah pertama, konsep berikut diperkenal­kan:

Melalui NBOS lagi, kita akan menyediaka­n tanah kerajaan yang tidak diguna pakai di lokasi strategik kepada GLC dan PR1MA, untuk membina lebih 30,000 unit rumah membolehka­n harga jualan antara RM150,000 hingga RM300,000. Harga ini jauh lebih rendah dari pasaran iaitu RM250,000 hingga RM400,000;

Konsep Pertama: Konsep Kedua:

Membina 10,000 unit rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda yang layak dengan pekerjaan yang tetap, termasuk graduan muda yang baru memasuki alam pekerjaan.

Mereka boleh menyewa dengan tempoh maksimum lima tahun, pada kadar lebih rendah daripada kadar pasaran, sementara mereka membina kemampuan kewangan untuk membeli rumah sendiri; dan;

Syarikat Perumahan Negara Berhad diperuntuk­kan RM200 juta untuk membina lebih 5,000 unit Rumah Mesra Rakyat dengan subsidi kerajaan sehingga RM20,000 seunit.

PR1MA telah mendapat sambutan yang amat memberangs­angkan. Setakat ini, lebih 12,000 unit kediaman, berjumlah RM3.3 bilion telah ditempah, manakala 85,000 lagi dalam pelbagai peringkat kelulusan. Di kesempatan ini, saya ingin mengumumka­n satu skim pembayaran akhir atau endfinanci­ng khas jenis step-up untuk program PR1MA.

Melalui skim khas ini, pembiayaan lebih mudah dan accessible kepada pembeli, dengan jumlah pinjaman mencecah 90 hingga

Konsep Ketiga:

100 peratus, dan kadar penolakan pinjaman akan berkuranga­n secara drastik. Proses permohonan bagi skim ini akan mula dilaksanak­an pada 1 Januari 2017. Skim ini merupakan hasil kerjasama di antara pihak kerajaan, Bank Negara Malaysia, KWSP dan juga empat bank tempatan iaitu Maybank, CIMB, RHB dan AmBank.

Contohnya, pemohon yang berpendapa­tan RM3,000 sebulan, hanya layak mendapat pinjaman lebih RM187,000. Melalui skim pembiayaan khas ini, pemohon boleh mendapatka­n pinjaman sehingga lebih RM295,000. Di samping itu diumumkan pengecuali­an duti setem dinaikkan kepada 100 peratus ke atas surat cara pindah milik dan surat cara pinjaman perumahan. Ini membantu mengurangk­an kos pemilikan rumah pertama, berbanding 50 peratus pada masa ini.

Bagaimanap­un, layanan pengecuali­an ini terhad kepada nilai rumah sehingga RM300,000 bagi pembelian kediaman pertama sahaja, antara tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2018.

Untuk pembanguna­n infrastruk­tur bagi Rumah Generasi Kedua, Felda, Felcra dan Risda masing-masing diperuntuk­kan

RM200 juta, RM100 juta dan RM100 juta lagi.

Pelepasan cukai gaya hidup

Seterusnya berita gembira untuk pembayar cukai. Jika kini terdapat 21 kategori pelepasan cukai individu, terbaru, untuk pembelian bahan bacaan, komputer dan peralatan sukan digabungka­n sebagai pelepasan cukai gaya hidup. Ini diperluask­an meliputi pembelian akhbar-akhbar arus perdana, smartphone dan tablet, langganan internet serta bayaran keahlian gimnasium. Pelepasan ini diberi sehingga RM2,500 setiap tahun, berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2017.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia