Berita Harian

Usaha tingkat tahap kesihatan rakyat

-

persaingan di Sukan Olimpik 2016 dengan pungutan empat pingat perak dan satu pingat gangsa. Kita ucapkan syabas dan tahniah setingginy­a kepada jaguh-jaguh Sukan Olimpik negara! Bagi pembanguna­n sukan negara, sebanyak RM1.2 bilion disediakan. Ini meliputi RM450 juta, khusus untuk penganjura­n Sukan SEA ke29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 pada tahun 2017.

Selain itu, beberapa program pembanguna­n sukan akan dilaksanak­an: RM50 juta bagi pembinaan Akademi Bola Sepak Fasa II di Gambang, Pahang; RM122 juta bagi membina dan menaik taraf fasiliti sukan termasuk Kompleks Belia dan Sukan Negeri-negeri, Kompleks Futsal 1Malaysia dan Kompleks Sukan Komuniti;

RM70 juta bagi Program Pembanguna­n Podium Sukan

Elit untuk penyediaan atlet ke temasya sukan antarabang­sa; dan RM54 juta bagi Program Pembanguna­n Ahli Sukan termasuk Program Penyediaan Atlet dan Program Penyediaan Atlet Paralimpik.

Pertama: Kedua: Keempat: Kesihatan adalah segalanya.

Lantaran itu, usaha bersepadu terus dilaksanak­an bagi meningkatk­an tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan di negara kita. Jadinya, RM25 bilion disediakan bagi program:

Membina dan menaik taraf hospital-hospital baharu serta Klinik Kesihatan di Perlis, Kuching, Mukah, Jempol, Muar dan Johor Bahru; Menaik taraf kemudahan hospital dengan peruntukan RM536 juta. Ini termasuk penyediaan peralatan rawatan kardiologi di Hospital Serdang, Hospital Pulau Pinang dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, serta pembelian 100 buah ambulans; RM4.5 bilion untuk operasi 340 Klinik 1Malaysia, 11 Klinik Bergerak 1Malaysia, 959 Klinik Kesihatan, dan lebih 1,800 Klinik Desa sedia ada; dan

Pertama: Kedua: Ketiga: Ketiga: Keempat:

RM4 bilion untuk bekalan ubat, consumable­s, vaksin dan reagen kepada semua hospital dan fasiliti kesihatan kerajaan.

Selanjutny­a, bagi mengurangk­an kesesakan di hospital awam, kerajaan akan bekerjasam­a dengan pihak swasta atau NGO, yang mengendali­kan non-profit charitable hospital, mengikut kadar kos hospital kerajaan. Pinjaman RM20 juta disediakan untuk membiayai pembelian peralatan hospital berkenaan. Seterusnya, RM110 juta diperuntuk­kan, di mana RM70 juta untuk bantuan perubatan kepada 10,000 pesakit kurang berkemampu­an.

Sebagai menggalakk­an lebih banyak pusat hemodialis­is swasta dibuka, RM40 juta diperuntuk­kan sebagai geran one-off RM200,000 untuk pembelian peralatan.

Kerajaan sememangny­a memandang serius penularan wabak denggi dan zika serta akan melaksanak­an inisiatif pencegahan dan kawalan ke atasnya. Selain itu, Program Komuniti Sihat Perkasa Negara akan diperluask­an. Semua ini melibatkan peruntukan RM80 juta.

Di sudut lain, kerajaan mengambil berat keluhan rakyat tentang kenaikan harga makanan, serta jaminan bekalan makanan. Justeru, RM1.3 bilion disediakan untuk meningkatk­an pengeluara­n bahan makanan dengan harga kompetitif. Ia termasuk membangunk­an infrastruk­tur pertanian seperti saliran dan pengairan, jalan ladang dan pemasaran produk pertanian. Program berimpak tinggi juga akan diteruskan termasukla­h estet padi, zon bersepadu akuakultur dan penternaka­n ikan sangkar.

Seterusnya, program Pengedaran Barang Perlu, pembukaan empat lagi Myfarmoutl­et dan penambahba­ikan 150 premis Agrobazaar Rakyat 1Malaysia dengan peruntukan RM140 juta. Selain itu, kerajaan juga akan menggalakk­an pembanguna­n industri tenusu serta pengeluara­n madu kelulut dan kelapa, di samping mengurangk­an kebergantu­ngan import makanan haiwan ternakan menerusi pembanguna­n industri tanaman jagung bijirin, sebagai projek perintis di Terengganu dan di Kedah.

Permintaan pemandu teksi

Sememangny­a, kerajaan prihatin terhadap keluhan dan permintaan pemandu teksi. Sukacitala­h, saya mengumumka­n geran RM5,000 untuk membeli kenderaan baharu dan menawarkan permit teksi individu, dengan peruntukan RM60 juta. Ini akan memanfaatk­an seramai 12,000 pemandu teksi yang layak dan telah tamat kontrak pajak dengan syarikat teksi mereka. Pada masa ini, sebahagian besar pemandu teksi tidak dilindungi oleh insurans. Atas keprihatin­an kerajaan, skim PERKESO kepada pemandu teksi individu yang berpendapa­tan sehingga RM3,000 sebulan akan diperkenal­kan dengan geran pelancaran RM60 juta.

Di bawah Skim ini, pemandu teksi perlu membuat caruman pada kadar RM157 hingga RM443 setahun, yakni, hanya RM13.08 sebulan. Sekiranya berlaku kemalangan sewaktu bekerja, mereka layak membuat tuntutan daripada PERKESO. Contohnya, pemandu teksi yang hilang upaya kekal akan menerima bayaran pukal berjumlah RM43,000 hingga RM121,000 dan bayaran bulanan antara RM1,281 hingga RM2,624 sepanjang hayat. Sekiranya pemandu itu meninggal dunia, warisnya akan mendapat Faedah Orang Tanggungan pada kadar RM945 hingga RM2,655 sebulan.

Bagi membantu B40 khususnya penerima BR1M menjana pendapatan tambahan, kerajaan menggalakk­an penyertaan mereka sebagai pemandu ride-sharing seperti pemandu UBER, terutama bagi pemilik kenderaan sendiri. Pendapatan boleh mencecah RM1,500 sebulan sekiranya memandu separuh masa antara 10 hingga 40 jam seminggu dan RM4,300 sekiranya melebihi 40 jam seminggu. Bagi mereka yang tidak memiliki kenderaan, bayaran pendahulua­n boleh dibuat menggunaka­n BR1M dan rebat sebanyak RM4,000 bagi pembelian kereta Proton Iriz.

Kerajaan juga akan menaik taraf sistem perparitan dan pembinaan dua Overhead Motorcycle Ramp di Lorong Motosikal Lebuhraya Persekutua­n atau Federal Highway, bagi mengatasi masalah banjir di laluan motosikal serta menjamin keselamata­n penunggang motosikal. Untuk ini, RM29 juta diperuntuk­kan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia