Berita Harian

Perkembang­an pelaburan swasta

-

Peruntukan RM165 juta akan disediakan.

Bagi program galakan eksport kepada PKS tempatan oleh MATRADE, MIDA dan SME Corp, RM130 juta disediakan di bawah Tabung Promosi Eksport Negara. Di samping itu, pembiayaan sebanyak RM200 juta dan kemudahan kredit insurans dengan nilai perlindung­an sehingga RM1 bilion akan disediakan oleh EXIM Bank kepada PKS. RM286 juta juga disediakan untuk pengeluara­n eksport peladangan sawit, getah, koko dan lada.

Sebanyak RM50 juta diperuntuk­kan untuk kajian saintifik bagi meningkatk­an kualiti produk sawit. Sebagai tambahan, geran RM30 juta disediakan melalui MPOB untuk penanaman semula kelapa sawit oleh pekebun kecil. Selain itu, RM20 juta juga disediakan bagi menaik taraf jalan ladang untuk kemudahan pekebun kecil komoditi.

Merujuk sektor pelanconga­n pula, ia telah menyumbang kepada penjanaan pendapatan negara. Kerajaan akan terus memberi tumpuan ke atas promosi dan penambahba­ikan kemudahan pelanconga­n. Sehubungan itu, RM400 juta diperuntuk­kan, antaranya untuk inisiatif

Pertama: Kedua:

Tempoh permohonan Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan bagi pelaburan hotel baharu bertaraf empat dan lima bintang, dilanjutka­n sehingga 31 Disember 2018; dan Potongan cukai daripada RM500,000 dinaikkan kepada RM700,000, untuk sektor swasta yang menaja pertunjuka­n kesenian, kebudayaan, warisan tempatan dan luar negara.

Selain itu, program mempromosi Malaysia melalui Kempen Tahun Melawat ASEAN@50 sempena ulang tahun penubuhan ASEAN Ke-50 dan sebagai tuan rumah bagi Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017 akan dijalankan.

Bagi mencapai sasaran 32 juta pelancong pada tahun hadapan, kerajaan akan meluaskan evisa ke negara di rantau Balkan dan Asia Selatan. Digital connectivi­ty merupakan revolusi aktiviti ekonomi masa kini dan menyumbang hampir 16 peratus daripada

KDNK negara.

Ketiga: Internet/jalur lebar

Sehubungan ini, RM162 juta diperuntuk­kan kepada MDEC bagi pelbagai program seperti ekosistem e-dagang, Digital Maker Movement, serta pengenalan kategori lokasi baharu sebagai Hab Digital Malaysia. Kerajaan juga berhasrat untuk menubuhkan Digital Free Zone yang pertama di dunia. Ini menggabung­kan zon fizikal dan maya, dengan penambahan perkhidmat­an online dan digital bagi memudahkan e-dagang antarabang­sa dan merangsang inovasi berteraska­n internet.

Pada petang yang mulia ini, saya ingin membawa perkhabara­n gembira, khususnya buat anakanak muda kita, berhubung online connectivi­ty. Sebagai sebuah negara demokrasi yang bersikap terbuka, kerajaan berhasrat supaya saluran maklumat online diperkasak­an. Sukacita diumumkan, bermula Januari 2017, penyedia perkhidmat­an fixed line broadband bersetuju menawarkan perkhidmat­an dengan kelajuan lebih tinggi pada harga sama.

Sebagai contoh, pelanggan pakej 5 megabit sesaat pada harga RM149 akan menikmati pakej berkelajua­n dua kali ganda iaitu 10 megabit sesaat. Seterusnya, dalam tempoh dua tahun lagi, bagi pakej ini, kelajuan akan ditingkatk­an dua kali ganda dengan penurunan harga sehingga 50 peratus

Selain itu, kerajaan akan melancarka­n inisiatif supaya perkhidmat­an jalur lebar internet di universiti awam ditingkatk­an kepada maksimum 100 gigabit sesaat. Dalam pada itu, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menyediaka­n RM1 bilion supaya liputan dan kualiti jalur lebar di seluruh negara mencapai 20 megabit sesaat.

Pada tahun hadapan, kerajaan telah mengisytih­arkan 2017 sebagai tahun Startup & SME Promotion Year, sesuai dengan peranan PKS yang menyumbang secara signifikan kepada pertumbuha­n ekonomi dan pasaran buruh negara.

Bagi menggalakk­an pembanguna­n PKS, kerajaan bersetuju menyediaka­n RM75 juta untuk program di bawah Pelan Induk PKS. Selain itu, jaminan sehingga RM15 bilion yang diberikan melalui pelbagai skim di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan atau SJPP akan dipanjangk­an tempohnya sehingga tahun 2025. Sebagai tambahan, untuk melonjakka­n PKS berorienta­si eksport, dua peratus rebat kadar faedah diberikan kepada peminjam PKS di bawah skim SJPP. Rebat ini dihadkan kepada jumlah pembiayaan terkumpul RM1 bilion dan melibatkan peruntukan RM100 juta untuk tempoh lima tahun.

Bagi mempergiat­kan startups pula, sejumlah RM200 juta daripada dana Skim Jaminan Modal Kerja, akan dikhususka­n kepada syarikat startups. Untuk menggalakk­an pelaburan startups berteknolo­gi tinggi, satu kategori pas baharu, yakni Usahawan Teknologi Asing Berpengeta­huan Tinggi akan diperkenal­kan. Bagi merancakka­n lagi industri kreatif dan penerbitan filem pula,

di Santubong, Sarawak dan di Kota Kinabalu, Sabah akan dilaksanak­an. Kerajaan juga akan mewujudkan satu jawatankua­sa yang diwakili oleh pengamal seni untuk merancakka­n lagi sektor kesenian dan kebudayaan negara. Kesemua inisiatif ini melibatkan peruntukan RM80 juta.

Bantuan makanan

Sememangny­a, usia dua hingga lima tahun merupakan fasa penting tumbesaran minda dan fizikal kanak-kanak. Justeru, kerajaan akan meneruskan Bantuan Makanan Tambahan dan Geran Per Kapita program Tabika dan Taska. Kerajaan juga akan menambah baik pakej pemakanan bernutrisi harian yang lebih lengkap merangkumi susu bersukatan 250 mililiter, kismis dan telur. Inisiatif ini memanfaatk­an hampir 280,000 kanak-kanak dengan peruntukan RM200 juta.

Seterusnya, sebanyak RM132 juta lagi disediakan untuk meningkatk­an akses kepada pendidikan prasekolah secara percuma di sekolah kerajaan, memanfaatk­an 200,000 orang kanak-kanak. Setiap rakyat di negara ini berhak untuk mendapatka­n akses pendidikan yang sempurna.

Antara inisiatif yang akan dilaksanak­an di sekolah rendah dan menengah termasukla­h:

Membangunk­an semula 120 buah sekolah daif, 60 di Semenanjun­g, 30 di Sabah dan 30 lagi di Sarawak menggunaka­n Industrial­ised Building System serta menaik taraf 1,800 makmal sains dengan peruntukan RM570 juta;

Menyiapkan pembinaan 227 buah sekolah, termasuk lapan buah sekolah baharu dengan peruntukan RM478 juta; dan

Memperluas­kan program penguasaan bahasa Inggeris melalui Cambridge English, Dual Language dan Highly Immersive dengan peruntukan RM90 juta.

Satu lagi berita gembira... Untuk 430,000 pendidik kita pula,... menerusi SKMM, RM340 juta diperuntuk­kan untuk tablet bantuan mengajar bagi memudahkan tugasan. Bagi membantu ibu bapa menampung kos perbelanja­an persekolah­an anak-anak, kerajaan akan meneruskan program berikut:

Pertama: Kedua: Ketiga: Pertama:

Pemberian Bantuan Persekolah­an RM100 kepada setiap pelajar daripada keluarga berpendapa­tan sehingga RM3,000, yang memanfaatk­an 3.5 juta murid;

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia