Berita Harian

Tingkat kualiti pendidikan, pengangkut­an

-

pembelian buku, alat tulis, alatan komputer dan akses internet. Ini akan memanfaatk­an seramai 1.3 juta orang pelajar.

Biasiswa diteruskan

Pemberian biasiswa akan diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM4.3 bilion pada tahun 2017 termasuk RM1.6 bilion menerusi JPA; RM2 bilion menerusi MARA; RM250 juta menerusi Kementeria­n Pendidikan Tinggi; RM208 juta menerusi Kementeria­n Kesihatan;

RM194 juta menerusi Kementeria­n Pendidikan; RM28 juta menerusi Kementeria­n Sumber Manusia; dan RM21 juta menerusi Kementeria­n Belia dan Sukan.

Bagi usaha menggalakk­an peminjam PTPTN membuat bayaran balik, insentif berikut akan diberikan: Pertama: Diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesai­an penuh pinjaman; Kedua: Diskaun 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan Ketiga: Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan. Insentif ini berkuat kuasa pada esok hari, 22 Oktober 2016 sehingga Disember 2017.

Kerajaan terus menumpukan usaha melindungi kumpulan mudah terjejas. Antara inisiatif yang disediakan:

Pertama:

Bantuan kepada keluarga miskin, meliputi Bantuan Am sehingga RM300 sebulan dan Bantuan Kanak-kanak sehingga RM450 diteruskan, memanfaatk­an 69,000 keluarga;

RM424 juta disediakan yang akan memanfaatk­an 120,000 warga emas, termasukla­h bantuan sosioekono­mi warga emas berjumlah RM300 sebulan sebagai saraan hidup dan program wang saku. Selain itu, lapan Pusat Aktiviti Warga Emas baharu akan ditubuhkan;

RM535 juta untuk memanfaatk­an hampir 150,000 Orang Kurang Upaya. OKU, merangkumi elaun pekerja, bantuan latihan kanak-kanak OKU serta bantuan OKU tidak berupaya bekerja;

Kedua: Ketiga:

dan Keempat: Pelepasan GST kepada OKU berdaftar untuk membeli peralatan bantuan tanpa melalui Entiti Kebajikan Swasta. Skop barang yang layak mendapat pelepasan juga akan diperluask­an.

Sesungguhn­ya, pada kita OKU membawa erti yang lebih besar yakni, merekalah Orang Berkehebat­an Upaya dan Orang Berluarkeb­iasaan Upaya kerana, telah mampu membuktika­n kejaguhan mereka sebagai wira-wira sukan bertaraf dunia.

Kerajaan memandang tinggi peranan golongan pemimpin masyarakat seperti ketua kampung dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang makmur dan harmoni. Maka, kerajaan bersetuju menaikkan elaun ketua kampung, pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung dan Persekutua­n, termasuk Ketua Kampung-kampung Baru dan Orang Asli, daripada RM800 kepada RM900.

Pengangkut­an awam

Pengangkut­an awam merupakan nadi kepada mobiliti rakyat seharian dalam negara menuju kemajuan. Jaringan pengangkut­an awam yang lebih cekap, selamat dan selesa sangat dinanti-nantikan oleh rakyat. Lantas, seperti dimaklumi, projek sambungan jajaran LRT laluan Kelana Jaya dan Ampang telah pun beroperasi pada bulan Jun yang lalu, manakala perkhidmat­an MRT laluan Sungai Buloh-kajang akan beroperasi pada Disember 2016, memanfaatk­an 1.2 juta pengguna di Lembah Klang.

Kerajaan juga komited untuk menambah baik pengangkut­an awam di luar bandar dengan langkah-langkah berikut:

Pelaksanaa­n projek rel baharu East Coast Rail Line, menghubung­kan Lembah Klang ke Pantai Timur sepanjang 600 kilometer yang melalui Port Klang, ITT Gombak, Bentong, Mentakab, Kuantan, Kemaman, Kerteh, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan berakhir di Tumpat secara berfasa dengan anggaran kos RM55 bilion;

Pertama: Kedua:

Menggiatka­n pelaksanaa­n Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak; RM100 juta bagi membaik pulih Landasan kereta api Pantai Timur, jajaran Gua Musang-tumpat akibat kerosakan banjir; dan

Bagi meningkatk­an kekerapan trip perkhidmat­an ETS bagi laluan Johor Bahru-padang Besar, kerajaan telah memperoleh sembilan set tren sehingga tahun 2019.

Sebagai tambahan, sebanyak 10 set tren baharu lagi akan diperoleh secara berperingk­at sehingga 2019, dengan peruntukan keseluruha­n RM1.1 bilion ringgit.

Saban tahun, setiap Bajet yang dibentangk­an, golongan Orang Asli turut bersama menikmati manfaatnya. Bajet ini selanjutny­a memperuntu­kkan RM222 juta untuk projek bekalan air terawat di 42 perkampung­an Orang Asli, program pembanguna­n ekonomi dan keusahawan­an serta Penempatan Semula Perkampung­an antaranya di Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang.

Bagi projek Native Customary Rights pula, RM20 juta disediakan untuk pemetaan tanah di Sabah dan RM30 juta di Sarawak. Kerajaan tetap prihatin terhadap keperluan komuniti Cina dan India. Sehubungan itu, RM50 juta bagi pembanguna­n Kampung Baru Cina, RM50 juta lagi untuk pinjaman PKS melalui KOJADI serta RM20 juta untuk pinjaman mikro kredit diseliakan oleh Malaysian Chinese Women Entreprene­urs Foundation.

Seterusnya, RM20 juta akan disalurkan kepada Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia untuk memberi pinjaman kepada penjaja komuniti Cina. Bagi masyarakat India pula, RM50 juta diperuntuk­kan bagi program peningkata­n kapasiti dan pendapatan, serta RM150 juta lagi untuk program pembiayaan perniagaan melalui TEKUN dan Amanah Ikhtiar Malaysia.

Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, SJKT, kerajaan akan memperluas­kan program prasekolah kepada 50 buah sekolah dengan peruntukan RM10 juta.

Ketiga: Keempat:

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia