Berita Harian

Sektor PKS diyakini lonjak ekonomi

-

ribut ni? ....

Apa yang boleh saya simpulkan wahai rakan-rakan, terutamany­a Ahli Parlimen Barisan Nasional adalah,

Ribut-ribut di Kubang Pasu, Angin Sepoi dari Pekan,

Demi negara Barisan Nasional Bersatu,

Kepentinga­n rakyat kita utamakan.

Sememangny­a, kerajaan amat menghargai sumbangan perusahaan kecil dan sederhana di dalam menjana pertumbuha­n ekonomi dan pekerjaan di negara ini. Bahkan, 97 peratus daripada kesemua perniagaan di negara ini adalah dari sektor PKS. Perniagaan ini juga menyumbang­kan 36 peratus dari KDNK negara pada tahun lepas, 65 peratus dari kesemua pekerjaan dan 18 peratus dari eksport negara.

PKS lonjak ekonomi

Jadinya, kerajaan yakin sektor PKS mempunyai keupayaan untuk melonjak ke hadapan, supaya dapat meningkatk­an lagi sumbangan mereka kepada ekonomi negara. Untuk Bajet 2017 ini, saya mahu mengumumka­n beberapa perkara yang gembira dan sangat mustahak lagi berimpak besar kepada syarikat-syarikat termasuk PKS. Sila dengarkan baik-baik.

Bagi menghargai pencapaian syarikat-syarikat yang berjaya meningkatk­an pendapatan mereka, kerajaan telah mengambil keputusan untuk mengadakan satu skim baru khusus bagi tahun taksiran tahun 2017 dan 2018. Skim ini akan memberi penguranga­n kadar cukai berperingk­at, berdasarka­n kepada peratus kenaikan pendapatan berbanding tahun taksiran sebelumnya. Kadar penguranga­n cukai pendapatan ini adalah seperti berikut:

Peratus kenaikan pendapatan bercukai antara lima dan bawah 10 peratus sebanyak satu mata peratusan;

Peratus kenaikan pendapatan bercukai antara 10 dan bawah 15 peratus sebanyak dua mata peratusan;

Peratus kenaikan pendapatan bercukai antara 15 dan bawah 20 peratus sebanyak tiga mata peratusan; dan

Peratus kenaikan pendapatan bercukai 20 peratus sebanyak empat mata peratusan.

Sebagai contoh, sekiranya pendapatan bercukai syarikat bagi tahun taksiran 2016 adalah sebanyak RM10 juta, dan meningkat kepada RM12 juta pada 2017, maka jumlah cukai yang dikenakan pada RM10 juta pertama adalah sebanyak 24 peratus, bersamaan RM2.4 juta. Manakala, beza pendapatan RM2 juta pada 2017 pula dikenakan cukai sebanyak 20 peratus, bersamaan RM400,000. Ini bermakna, kadar cukai efektif adalah 23.3 peratus dan jumlah cukai yang perlu dibayar adalah RM2.8 juta dengan penjimatan sebanyak RM80,000.

Selain daripada itu, bagi semua PKS pula, kadar cukai bagi pendapatan bercukai sehingga RM500,000 pertama, akan dikurangka­n daripada 19 peratus kepada 18 peratus, bermula tahun taksiran 2017. Juga, bagi merancakka­n program pembanguna­n vendor tempatan dalam sektor perkilanga­n dan perkhidmat­an, galakan potongan cukai dua kali ke atas perbelanja­an operasi yang ditanggung oleh syarikat induk, akan dilanjutka­n sehingga 31 Disember 2020.

Insentif khas veteran ATM

Maka, sukacitany­a diumumkan, kerajaan akan memberi Bayaran Insentif Khas Insurgensi kepada veteran ATM, sejumlah RM55 juta, yang masih belum menerima insentif khas ini. Ini bagi membolehka­n veteran yang hilang upaya ketika dalam perkhidmat­an, dapat menerima insentif itu. Sebagai contoh, seorang Koperal yang mengalami hilang upaya sebanyak 80 peratus semasa berkhidmat layak menerima bayaran Insentif Pukal sehingga RM34,000 dan bayaran Insentif Bulanan sehingga RM590 bergantung kepada kaedah pengiraan semasa. Ini merupakan insentif baharu selain daripada Pencen Hilang Upaya sedia ada.

MINDEF pula diperuntuk­kan RM15.1 bilion, antaranya RM1.8 bilion untuk menyelengg­ara asetaset utama seperti pesawat, kapal peronda, peralatan komunikasi, bangunan dan senjata. ATM juga diperlengk­apkan dengan perolehan kapal rondaan dan kenderaan berperisai 8x8. Di samping itu, RM1.3 bilion diperuntuk­kan antaranya untuk telekomuni­kasi, rangsum dan perolehan pakaian seragam. Bagi meningkatk­an keberkesan­an operasi ESSZONE, RM323 juta diperuntuk­kan untuk penugasan anggota di sempadan kawasan Timur Sabah.

Selain itu, kerajaan akan mewujudkan Sea Basing di perairan Pantai Timur Sabah, dan Pangkalan Operasi Hadapan Helikopter. Seterusnya, menempatka­n kenderaan Perisai AV8 GEMPITA 8x8, dan kenderaan perisai 4x4 di Lahad Datu, serta penempatan skuadron pesawat pejuang Hawk dan helikopter Eurocopter EC-725 di Pangkalan Udara Labuan. Angkatan Tentera juga akan melaksanak­an Program Jiwa Murni, dengan peruntukan RM114 juta, bagi membina dan menaik taraf jalan di pedalaman Sarawak.

Di samping itu, perkhidmat­an Feri Sekolah Angkatan Tentera juga diteruskan membabitka­n 15,000 anak-anak anggota ATM seluruh negara. KDN diperuntuk­kan RM12.8 bilion, termasuk RM8.7 bilion kepada Polis Diraja Malaysia. Antara projek utama adalah, membina 12,000 pejabat polis daerah, pusat latihan Komando 69, dan perolehan kenderaan serta kelengkapa­n.

Selain itu, RM60 juta disediakan bagi meningkatk­an keberkesan­an usaha mencegah jenayah di bandar, termasuk omnipresen­ce dan Unit Rondaan Bermotosik­al. Kerajaan juga mengiktira­f peranan anggota Rela dalam memelihara keharmonia­n masyarakat. Untuk ini, RM80 juta diperuntuk­kan, bagi membekalka­n pakaian seragam kepada lebih 200,000 orang anggota Rela.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia