Berita Harian

Wanita inspirasi pembanguna­n negara

-

Sebagai sebuah negara Islam yang wasatiyyah, berasaskan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah, kerajaan dari semasa ke semasa akan terus memperkemb­angkan syiar Islam di landasan betul. Seraya itu, kerajaan, menolak sekeras-kerasnya sebarang fahaman yang terlalu liberal mahupun terlalu ekstrem. Di sudut ini, peranan agamawan, khususnya golongan imam serta ahli jawatankua­sa masjid dan surau-surau dipandang serius oleh pihak kerajaan, terutamany­a kebajikan mereka.

Seiring dengan itu, dengan rasa tawaduknya, berasa bersyukur, kerana imam-imam ini adalah antara 4,611 jemaah yang telah dibiayai untuk mengerjaka­n ibadat haji oleh GLC. Berkait ini, kerajaan telah membuat keputusan untuk menaikkan elaun imam di bawah JAKIM, daripada RM750 kepada RM850 sebulan. Ini memanfaatk­an hampir 15,000 imam di seluruh negara, manakala sebanyak RM500, akan diberikan secara one-off kepada hampir 16,000 bilal dan siak di seluruh tanah air, sebagai menghargai jasa mereka dalam mengurus tadbir masjid.

Sukacitany­a kerajaan mengumumka­n, elaun guru KAFA juga akan dinaikkan daripada RM800 kepada RM900 sebulan, sekali gus memanfaatk­an hampir 33,000 guru. Kerajaan menyedari permintaan yang tinggi oleh masyarakat terhadap pendidikan tahfiz. Oleh itu, buat pertama kalinya, kerajaan memperuntu­kkan RM30 juta bagi menyelaras­kan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.

Bagi menghargai khidmat jasa pembantu Kemas, elaun mereka akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM500, melibatkan hampir 11,000 orang.

Sebanyak RM85 juta akan diperuntuk­kan bagi program PERMATA, yang melibatkan 30,000 kanak-kanak, antaranya, untuk menubuhkan Pusat Kecemerlan­gan Top STEM Talents di Akademi Sains Malaysia. Selain itu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar di Negeri Sembilan, dan Kampus Tuanku Bainun di Pulau Pinang akan diubah suai menjadi pusat Permata Pintar dan Berbakat.

Ingin disampaika­n satu lagi khabar penting, kerajaan akan mengambil langkah positif untuk meminda Akta Kebankrapa­n 1967 mulai awal tahun hadapan, berkait mereka yang telah diisytihar­kan bankrap, terutamany­a penjamin sosial misalannya penjamin biasiswa,...dan antaranya lagi, mereka yang menghidap penyakit kronik setelah disahkan oleh hospital Kerajaan juga mereka yang telah berumur. Perinciann­ya sedang dilakukan dan butiran lanjut akan diumumkan dalam sedikit masa lagi.

Demikianla­h sekian banyaknya prakarsa, inisiatif, peruntukan dan ikhtiar murni Kerajaan Barisan Nasional dalam simfoni Bajet 2017 ini, untuk Rakyat, Kerana Rakyat.

Lantas, sukacitany­a saya mengumumka­n, sebaik sahaja bajet ini selesai, pihak kerajaan akan melancarka­n siri dialog nasional atau national discourse bagi memeta hala tuju negara di atas sebuah kanvas yang baharu. Kalau lembayung gagasan negara yang saya perkenalka­n sejak 2010 adalah, Dasar Transforma­si Nasional atau DTN, maka wacana nasional ini pula saya namakan sebagai, Transforma­si Nasional 2050 dan sesudah ini dijenamaka­n sebagai TN50.

Kalau Dasar Ekonomi Baru dulu, Allahyarha­m Tun Razak rencanakan untuk menyediaka­n Generasi Baharu yang berjaya dalam tempoh 30 tahun, begitulah TN50 ini akan menjangkau tiga dekad proses dan gerak kerjanya, bagi membentuk satu negara bangsa yang benar-benar berwibawa serta berminda par excellence.

TN50 akan dimulagera­kkan dengan generasi muda pelbagai bangsa melalui wacana nasional seperti diputuskan oleh Kabinet, akan dikendalik­an oleh Kementeria­n Belia dan Sukan serta pastinya akan dinaungi dan dipayungi oleh saya sendiri selaku Perdana Menteri. Biarlah TN50 ini menjadi saksi dan berkalamla­h tawarikh bahawa, kita adalah bapa-bapa atau nenek moyang yang bertanggun­gjawab, mahu mewariskan yang terbaik dan terhebat, diperturun­kan kepada generasi hari muka. TN50, inilah azimat kita mulai kini, biarlah legasi lama berlalu pergi. Harapan masa depan Malaysia kita baharui.

Dari itu, walau kita terus diperhadap­kan dengan beribu aral yang melintang, tapi kita terima dengan jiwa yang besar dan roh bangsa merdeka. Oleh itu, wahai rakan-rakan dalam Barisan Nasional, Ayuhlah,...kita rapatkan saf, kita satukan pemikiran, kita perkukuhka­n pasukan.

Kepada penjawat awam, saya tahu tak tidur malam jika perkara ini tidak diumumkan. Bagai pucuk dicita, khabar gembira sudah pun mendatang. Sebagai penghargaa­n atas khidmat terpuji penjawat awam, sukacitany­a saya mengumumka­n bayaran khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam, manakala RM250 kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan diberi pada awal Januari 2017.

Biarlah hati kita luluh dan kalbu kita hancur menahan luka, asalkan masyarakat mendapat untung dan labanya. Biarlah bahu-bahu kita yang menanggung caci dan cerca, asalkan,... rakyat tetap dibela.

Jika dimadah orang dahulu kala, Raja dan rakyat berpisah tiada, Begitulah juga, kerajaan dan rakyat juga sehati sejiwa. Ingin saya nyatakan betapa kasihnya kerajaan ini untuk melihat rakyat bahagia dan sentosa. Seperti dipujangga dalam gurindam jiwa, .... HENDAK MATI DI HUJUNG KUKU, HENDAK BERKUBUR DI TAPAK TANGAN.

Akhir kalam, Kerajaan Barisan Nasional dengan izin Allah jua, yakin dan percaya bahawa, angin kemenangan besar Pilihan Raya Negeri Sarawak, yang telah berpuput-puput bayunya ke Pilihanray­a Kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, akan mula meniup obor perjuangan yang kami yakin dan percaya, hari demi hari, insya-allah, dengan kehendak Yang Maha Berkuasa, akan membawa pula kemenangan besar di Pilihanray­a Umum Ke-14 kepada Kerajaan Barisan Nasional, insya-allah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia