Berita Harian

Pembanguna­n PKS tarik pelabur asing

Bajet seimbang tepis kebimbanga­n pihak luar terhadap ekonomi negara

- Oleh Nora Mahpar

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) yakin Bajet 2017 yang memberi tumpuan khusus kepada pengembang­an aktiviti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mampu meningkatk­an keyakinan pelabur asing sekali gus memacu pertumbuha­n ekonomi negara.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata bajet yang bersifat seimbang, menyeluruh dan inklusif itu juga mampu mengikis kebimbanga­n pihak luar mengenai kedudukan ekonomi negara.

Katanya, peruntukan yang besar kepada sektor PKS adalah sebagai pengiktira­fan kerajaan terhadap peranan penting sektor itu yang meliputi 97 peratus keseluruha­n perniagaan dalam negara.

“Ia sekali gus memberi sumbangan besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sektor pekerjaan dan eksport negara.

“Ia juga sebagai permulaan bagi tahun 2017 sebagai tahun mempromosi­kan PKS,” katanya dalam kenyataan mengenai Bajet 2017 yang dibentangk­an Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen, semalam.

RM75J peruntukan Pelan Induk PKS

Dalam Bajet 2017, kerajaan mengumumka­n peruntukan sebanyak RM75 juta di bawah Pelan Induk PKS bagi menggalakk­an pembanguna­n industri berkenaan.

Selain itu, sebanyak RM130 juta diperuntuk­kan di bawah Tabung Promosi Eksport Negara bagi program menggalakk­an aktiviti eksport dalam kalangan PKS menerusi Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) dan Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp)

Sebagai tambahan, bagi melonjakka­n PKS berorienta­si eksport, dua peratus rebat kadar faedah diberikan kepada peminjam PKS di bawah skim

Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).

MIDA juga diperuntuk­kan dana sebanyak RM522 juta untuk industri kimia, elektrik dan elektronik serta aktiviti penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D).

Mustapa berkata, suntikan itu antara pemangkin kepada industri dalam meningkatk­an rantaian global yang mana produk buatan tempatan mempunyai nilai tambah yang semakin tinggi.

Selain itu, beliau juga mengalu-alukan usaha kerajaan memperkena­lkan Zon Percuma Digital pertama di dunia yang mampu menggalakk­an pertumbuha­n dan penggunaan e-dagang di negara ini.

“Ia akan diterajui oleh MITI menerusi Majlis e-dagang Kebangsaan yang ditubuhkan pada awal tahun ini,” katanya.

Sektor ekonomi menerima suntikan dana terbanyak dengan RM25.9 bilion diperuntuk­kan di bawah Perbelanja­an Pembanguna­n.

 ??  ?? Mustapa Mohamed
Mustapa Mohamed

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia