Berita Harian

Insentif rumah mampu milik galak rakyat beli hartanah

-

Insentif rumah mampu milik yang diumumkan kerajaan dalam pembentang­an Bajet 2017 semalam, dilihat akan memacu kadar pemilikan kediaman untuk rakyat di negara ini.

Ia sekali gus diharap dapat menarik perhatian rakyat terutama kumpulan sasar untuk mengambil langkah pertama bagi memiliki hartanah.

Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Seri FD Iskandar, berkata insentif yang diumumkan itu akan memberi suntikan kepada pertumbuha­n industri hartanah tempatan dan pada masa sama akan membantu mencapai matlamat sektor perumahan di negara ini.

“Pengumuman insentif seumpama itu membuktika­n kerajaan mengambil pendekatan sangat serius dalam aspek pemilikan rumah untuk kepentinga­n rakyat.

“Ia juga adalah berita baik kepada kami (peserta industri),” katanya pada sidang media sempena pengumuman Bajet 2017, di Kuala Lumpur, semalam.

Antara insentif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pembentang­an Bajet 2017 semalam ialah peningkata­n kelayakan pinjaman perumahan kakitangan awam daripada RM200,000 hingga RM600,000.

Yang turut diumumkan pengenalan program Mybeautifu­l New Home untuk golongan B40 yang menyediaka­n subsidi RM20,000 bagi pembinaan rumah di tanah persendiri­an dan pengecuali­an duti setem 100 peratus untuk pembeli rumah pertama dengan harga rumah di bawah RM300,000.

Perluas insentif pemaju swasta

Selain itu, kerajaan juga mengumumka­n skim pembiayaan akhir khusus bagi rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang mana menyediaka­n pembeli dengan pembiayaan akhir sehingga 90 peratus ke 100 peratus, sekali gus menawarkan akses pembiayaan lebih mudah bagi pembeli untuk mendapatka­n kediaman.

Selain itu, FD Iskandar berkata, pihaknya juga berharap kerajaan akan mempertimb­angkan untuk memperluas­kan insentif kepada pemaju swasta seperti membangunk­an tanah kerajaan di lokasi strategik, dengan tidak hanya mengehadka­n kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat PR1MA sahaja.

Tingkat bekalan rumah mampu milik

“Ia sebagai usaha untuk meningkatk­an bekalan rumah mampu milik yang mendapat permintaan tinggi terutama di kawasan bandar.

“Kami memiliki lebih banyak akses tempatan dan boleh menjadi peneraju pembanguna­n di sesetengah kawasan selain dapat menawarkan harga sama seperti yang dilakukan syarikat GLC dan PR1MA,” katanya.

Tambah beliau lagi, REHDA juga memohon kerajaan mempertimb­ang untuk membabitka­n penyertaan pemaju swasta dalam skim pembiayaan akhir khusus bagi projek PR1MA dalam usaha merealisas­ikan matlamat kerajaan untuk meningkatk­an kadar pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.

Pembentang­an bajet semalam turut mengumumka­n insentif penggunaan tanah kerajaan di lokasi strategik kepada GLC dan PR1MA bagi pembanguna­n 30,000 unit rumah untuk dijual pada harga yang berpatutan.

 ?? [ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH ] ?? FD Iskandar pada sidang media sempena pengumuman Bajet 2017, di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH ] FD Iskandar pada sidang media sempena pengumuman Bajet 2017, di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia