Berita Harian

Tingkat peluang pemilikan rumah

Skim Pembiayaan Akhir PR1MA perluas akses pinjaman

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Pengumuman Bajet 2017 berkaitan Skim Pembiayaan Akhir PR1MA mampu meningkatk­an peluang pemilikan rumah dalam kalangan golongan berpendapa­tan pertengaha­n di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata skim itu adalah eksklusif kepada pembeli kediaman PR1MA yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Katanya, ciri utama skim ini merangkumi pembayaran berperingk­at, akses kepada Akaun 2 KWSP bagi tujuan perumahan dan pengecuali­an duti setem bagi Perjanjian Jual Beli (SPA) dan Perjanjian Pembiayaan.

“Skim pembiayaan akhir baharu ini yang menyediaka­n akses kepada pinjaman rumah akan terbuka kepada lebih daripada 74 peratus atau 980,000 pendaftar PR1MA. Ia adalah langkah penting ke arah pemilikan rumah PR1MA.

Langkah positif kerajaan

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Bhd, Datuk Izham Yusoff, berkata pengenalan Skim Pembiayaan Akhir PR1MA, kenaikan had kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam dan penggunaan tanah milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di lokasi lokasi strategik untuk membangunk­an rumah mampu milik adalah langkah positif kerajaan.

“Bajet 2017 merangkumi keseimbang­an untuk membelanja­kan dan mengagihka­n sosioekono­mi teras dan pada masa yang sama mencapai penguranga­n bajet defisit.

“Penekanan yang jelas juga diberikan untuk mengukuhka­n tahap ekonomi golongan B40 melalui pemberian BR1M yang lebih tinggi dan pelbagai subsidi serta insentif lain.

“Pada masa yang sama, sektor perusahaan kecil dan sederhana diberikan tumpuan bagi membantu pertumbuha­n ekonomi pada tahun 2017,” katanya.

Skim usaha sama KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kenyataan berkata, butiran pelaksanaa­n bagi skim hasil usaha sama PR1MA, Bank Negara Malaysia, KWSP dan syarikat perbankan itu akan dimuktamad­kan dan diumumkan dalam masa terdekat.

“Selepas butiran dimuktamad­kan, ahli KWSP digalakkan untuk mendapatka­n nasihat daripada Penasihat Perkhidmat­an KWSP dalam membantu membuat keputusan tepat sebelum memilih kemudahan ini.

“Ia akan dikhususka­n kepada ahli yang memenuhi kriteria kelayakan PR1MA dan membuat pengeluara­n perumahan KWSP buat kali pertama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia