Berita Harian

Dana RM3B rangsang daya maju syarikat kecil

-

Bajet 2017 adalah agenda kukuh yang akan membantu pertumbuha­n mapan pasaran saham domestik, kata Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Seri Tajuddin Atan.

Beliau berkata, dana RM3 bilion yang diperuntuk­kan kepada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk dilabur di dalam syarikat bermodal kecil dan sederhana dan skim penyelidik­an syarikat berkaitan akan mewujudkan ekosistem mapan bagi merangsang daya maju dan potensi 300 syarikat syarikat dalam kategori terbabit.

Katanya, pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Najib Razak itu adalah satu peluang memandangk­an Bursa Malaysia kini sedia mempunyai syarikat bermodal kecil dan sederhana yang boleh mendapat manfaat daripada kedua-dua program berkenaan.

Dana Khas

“Dengan meningkatk­an daya maju dan akses melalui penyelidik­an dan saluran jualan, maka institusi tempatan, pelabur runcit serta dana asing akan mendapati adalah lebih mudah untuk melabur di dalam syarikat berkenaan.

“Dana khas akan diperuntuk­kan oleh GLIC sudah pasti satu rangsangan tambahan kepada syarikat bermodal kecil dan sederhana memandangk­an terdapat kumpulan pelabur lebih besar yang boleh diteroka oleh syarikat sedemikian,” katanya mengulas isi kandungan pembentang­an Bajet 2017 Perdana Menteri, semalam.

Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Industrial Developmen­t Finance Bhd (MIDF), Datuk Mohd Najib Abdullah pula berkata dana serta skim penyelidik­an berkenaan berpotensi merancakka­n lagi aktiviti dagangan kaunter berkenaan, sekali gus berupaya mengukuhka­n kecairan serta merangsang sentimen pasaran saham tempatan.

Beliau berkata, secara tradisinya tumpuan sebelum ini hanya diberikan kepada 100 syarikat terbesar yang disenaraik­an di Bursa Malaysia dan dana baharu berkenaan akan membolehka­n syarikat pelaburan mendapatka­n pulangan modal lebih baik.

“Ini juga akan merealisas­ikan nilai syarikat bermodal kecil,” katanya.

Mohd Najib berkata, skim penyelidik­an syarikat bermodal kecil dan sederhana yang diumumkan semalam juga adalah positif kepada syarikat bersaiz modal sedemikian kerana kebanyakan syarikat terbabit kurang mendapat kajian pasaran.

Katanya, skim berkenaan dijangka berupaya meningkatk­an pendedahan dan daya maju 300 syarikat terbabit selain memanfaatk­an pelabur, memandangk­an ia boleh melahirkan lebih banyak ‚permata tersembuny­i‘ dalam kalangan syarikat senaraian awam bermodal kecil dan sederhana.

“Kumpulan MIDF, menerusi MIDF Research amat berminat untuk menyertai skim ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia