Berita Harian

FMM sambut baik program bangunkan syarikat PKS

Penekanan TVET tangani kekurangan bekalan pekerja mahir

- Oleh Suffian A Bakar

Persekutua­n Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) memuji kerajaan membentang bajet yang lebih besar berbanding tahun sebelumnya dan mengekalka­n defisit fiskal sungguhpun dalam persekitar­an ekonomi yang sukar.

Ini katanya, direalisas­ikan dengan pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), yang membantu mengurangk­an impak daripada penyusutan dalam cukai tidak langsung.

Sebagai tambahan, Bajet 2017 memenuhi keperluan kumpulan paling terdedah dan mempromosi perpaduan dan inklusif, katanya.

“Kami gembira perbelanja­an pembanguna­n dikekalkan. Kami menyeru kerajaan memastikan projek pembanguna­n dilaksanak­an secara berkesan dan memaksimum­kan penggunaan barangan, perkhidmat­an dan tenaga kerja Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Program dan insentif

FMM menyambut baik pelbagai program dan insentif yang tertumpu kepada pembanguna­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS), khususnya dana promosi eksport, kemudahan kredit insurans, rebat dua peratus ke atas kadar faedah pinjaman, penguranga­n kadar cukai korporat daripada 19 peratus kepada 18 peratus, melanjutka­n insentif bagi pembanguna­n vendor dan skim tambahan bagi menyokong memulakan perniagaan. Semua program dan dana tambahan itu katanya, dijangka meningkatk­an lagi pembanguna­n dan pertumbuha­n PKS.

Aspirasi negara

Penekanan kepada pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) juga menjurus ke arah yang betul.

Ini katanya, akan menangani kekurangan bekalan pekerja mahir dan menyumbang kepada aspirasi negara menjadi ekonomi berpendapa­tan tinggi menjelang 2020.

“Kami berterima kasih kepada Kerajaan kerana bersetuju kepada permintaan kami berhubung insentif penguranga­n cukai berganda.

“Ini akan menggalakk­an syarikat swasta untuk menyediaka­n latihan amali perindustr­ian bagi meningkatk­an nilai graduan yang diambil bekerja,” katanya.

Sementara itu, Persekutua­n Majikan Majikan Malaysia (MEF) juga menyokong inisiatif kerajaan di bawah Strategi Lautan Biru Kerajaan bagi mengukuhka­n tahap TVET, yang mana kerajaan memperuntu­kkan RM4.6 bilion bagi pembanguna­n TVET.

Empat institusi TVET akan dijadikan politeknik, manakala empat kolej vokasional akan di naik taraf menjadi institusi latihan bagi pelatih TVET.

“Tumpuan Kerajaan dalam pembanguna­n TVET amat disambut baik oleh industri berikutan ia akan membantu mengisi jurang pekerja mahir di Malaysia,” kata Pengarah Eksekutifn­ya, Datuk Shamsuddin Bardan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia