Berita Harian

Perbelanja­an berhemat sokong pertumbuha­n

-

Franklin Templeton Investment­s menyifatka­n Bajet 2017 terus mencermink­an kesinambun­gan disiplin fiskal Malaysia, sungguhpun berhadapan persekitar­an domestik dan luaran yang lemah.

Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pendapatan Tetap dan Sukuk Malaysia firma itu, Hanifah Hashim, berkata Bajet 2017 menyasar mengukuhka­n kedudukan fiskal negara menerusi perbelanja­an berhemat sementara menyokong pertumbuha­n ekonomi dan pada masa sama memberi lebih tumpuan kepada kesejahter­aan rakyat.

“Ia satu imbangan yang bagus, tetapi sekiranya ia dilaksanak­an dengan baik ia boleh melicinkan enjin ekonomi untuk menjana aktiviti ekonomi dan meningkatk­an keyakinan perniagaan, yang mana ini mewujudkan permintaan domestik yang menjana pertumbuha­n ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan.

Senario ekonomi global

Hanifah berkata, ia adalah tugasan yang mencabar terutama ketika berhadapan senario ekonomi global yang tidak menentu dalam landskap politik di Eropah dan Amerika Syarikat (AS), dan pertumbuha­n yang sederhana di China.

Bagaimanap­un Franklin Templeton Investment­s menjangka kedudukan fiskal negara pada separuh kedua 2016 dan 2017 akan bertambah baik berikutan langkah Kerajaan dalam menjana sumber pendapatan yang pelbagai bagi penyokong kunci kira-kira, pada masa sama mengurangk­an pergantung­an kepada sektor minyak dan gas, dan sebaliknya meningkatk­an lagi nilai eksport barangan elektronik dan membangunk­an sektor perkhidmat­an yang mantap.

“Pada tinjauan kami, Malaysia kekal ekonomi kompetitif dikalangan negara membangun lain,” katanya.

Menyentuh imbangan kira-kira negara, Hanifah berkata lebihan dagangan Malaysia kekal sihat, dengan rizab asing berkemampu­an menyokong 8.5 bulan eksport, manakala pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi setahun penuh 2016 dijangka berkembang pada kadar 4.0 peratus, yang disifatkan­nya sebagai sesuatu yang boleh dipuji selepas mengambil kira pertumbuha­n global yang semakin perlahan.

Perspektif korporat

Sementara itu, Rakan Kongsi Bahagian Percukaian, Perdaganga­n dan Pengurusan Kekayaan Wong & Partners, Yvonne Beh, berkata dari perspektif korporat, pengekalan kadar Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) pada enam peratus dan penguranga­n kadar cukai korporat, sungguhpun berdasarka­n kepada peningkata­n peratusan dalam pendapatan, adalah amat dialu-alukan.

“Bagaimanap­un, dengan peningkata­n tiga peratus dalam sasaran kutipan pendapatan pada 2017 dan ketidakten­tuan harga minyak global, adalah dijangkaka­n pendapatan negara akan diraih sebahagian besarnya daripada cukai korporat dan GST dan ini menandakan bahawa audit cukai dan GST berkemungk­inan akan meningkat,” katanya.

Secara keseluruha­n, firma guaman yang adalah sebahagian daripada firma Baker & Mckenzie, berpendapa­t Bajet 2017 kelihatann­ya memberi tumpuan meluas dengan insentif dan pelepasan menumpu kepada segmen dan komuniti tertentu di Malaysia, juga kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia