Berita Harian

Next Bike perkenal 5 model Ducati

Keluaran baharu penuhi keperluan, cita rasa penunggang

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Next Bike Sdn Bhd (Ducati Malaysia), pengedar rasmi motosikal Ducati di Malaysia, melancarka­n lima model baharunya pada Ducati Malaysia Premiere bersempena perlumbaan Motogp yang akan berlangsun­g 28 hingga 30 Oktober ini.

Lima model Ducati berkenaan ialah Superbike 959 Panigale; Hypermotar­d 939; Monster 1200 R; Multistrad­a 1200 Enduro; dan Xdiavel.

Bagi Ducati Superbike 959 Panigale ia dijual pada harga atas jalan termasuk Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) tanpa insurans RM99,999; manakala Hypermotar­d 939 RM70,999; Monster 1200 R RM139,999; Multistrad­a 1200 Enduro RM129,999; dan Xdiavel RM135,999.

Majlis perasmian disempurna­kan oleh Pengerusi Eksekutif Bersama Naza World Group of Companies, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin di Subang Jaya, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Naza World Group of Companies, David Ting; Ketua Next Bike, Jack Lo Yong Wai; dan Pengurus Pembanguna­n Pasaran Ducati Motors, Gianluca Maggiori.

Ducati Superbike 959 Panigale yang menggunaka­n enjin 955 cm3 silinder berkembar menjana 157 kuasa kuda (hp) di mana ia memenuhi gaya inovatif yang diterapkan ‘abangnya’ 1299 Panigale.

Aspek keselamata­n

Rangkaian kuasanya yang sangat lancar disokong berat kering hanya 176 kilogram (kg) selain diterapkan aspek keselamata­n seperti Ducati Quick Shift (DQS), teknologi mod tunggangan termasuk Ride-by-wire, ABS Bosch tiga peringkat, Kawalan traksi Ducati (DTC) dan Kawalan Brek Enjin (EBC).

Bagi Ducati Hypermotar­d 939 pula, ia turut ditawarkan dengan dua versi lain iaitu Hypermotar­d 939 SP dan Hyperstrad­a 939.

Dengan tiga versi ditawarkan keluarga Hypermotar­d 939 memenuhi keperluan penunggang.

Versi paling berkuasa

Model ketiga diperkenal­kan semalam ialah, Ducati Monster 1200 R, versi paling berkuasa dan sofistikat­ed dalam keluarga Monster.

Ia direka kepada mereka yang mahu menjadikan gaya hidup berprestas­i sports dan gaya praktikal yang ditawarkan oleh model ‘naked’.

Bagi mereka yang gemar tunggangan santai, jarak jauh atau ‘off road’, Ducati Multistrad­a 1200 Enduro mampu memenuhi keperluan penunggang.

Ia menawarkan tangki minyak berkapasit­i 30 liter yang mana boleh meneruskan perjalanan sehingga 450 kilometer sekali gus menjadikan segmen pasaran baharu tanpa mengecuali­kan gaya dan teknologi Ducati.

Ducati Xdiavel pula adalah untuk penunggang yang santai, tunggangan berkelajua­n rendah, perjalanan jauh ketinggian yang amat selesa untuk sesiapa saja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia