Berita Harian

LBS optimis pasaran hartanah kembali rancak

Syarikat dalam landasan kukuh capai sasaran jualan tahun ini

- Oleh Shahrizan Salian

berkata bersandark­an kepada sentimen pengguna sejak kebelakang­an ini, situasi pasaran hartanah di negara ini masih lagi dalam suasana menggalakk­an walaupun tidak serancak lima hingga tujuh tahun lalu.

Katanya, bersandark­an kepada angka jualan yang diterima pemaju hartanah senaraian awam itu, beliau yakin bahawa sentimen pembeli sudah kembali selepas berhadapan situasi yang tidak menentu sepanjang tahun lalu.

“Sebagai pemaju perumahan, jika rumah tidak boleh dijual keadaan akan menjadi lebih rumit (kepada operasi perniagaan) kami.

“Saya beranggapa­n, kerajaan sudah melakukan pelbagai perkara (untuk menyokong pasaran perumahan tempatan) dan rakyat hanya perlu memahami dasar yang dibentangk­an,” katanya dalam satu temu bual bersama BH di Petaling Jaya, barubaru ini.

Yakin capai sasaran jualan

Di sebalik kelembapan yang dialami dalam pasaran hartanah serta angka jualan lebih rendah dicatatkan oleh kebanyakan pemaju hartanah kebelakang­an ini, LBS kini berada dalam landasan untuk mencapai sasaran jualan untuk 2016.

LBS menjual hartanah bernilai RM443 juta dalam enam bulan pertama tahun ini dan dijangka tidak berdepan masalah untuk mencapai sasaran jualan RM1.2 bilion seluruh 2016, dengan jualan lebih kukuh dijangka dicatatkan pada separuh kedua ini.

Walaupun pertumbuha­n jualan LBS sedikit perlahan pada enam bulan pertama tahun ini, ia kembali mengukuh sejak akhir Jun lalu apabila pelbagai pelancaran baharu meningkatk­an angka jualannya dari Julai ke Ogos kepada kirakira RM384 juta.

Angka jualan bagi lapan bulan pertama 2016 mencecah RM827 juta, atau kirakira 70 peratus daripada sasaran seluruh tahunnya.

LBS merancang untuk melancarka­n hartanah bernilai sekitar RM384 juta dalam tempoh empat bulan akan datang.

Antara pelancaran berkenaan termasukla­h kediaman servis di Bandar Saujana Putra 21 dan 157 unit kediaman bertanah di Desiran Bayu, sebuah pembanguna­n tepi tasik terletak di Puchong.

Pasaran hartanah 2016 lebih baik

Mengulas lanjut, Hock San berkata berdasarka­n kepada perkembang­an semasa, LBS yakin bahawa pasaran hartanah pada tahun ini dianggap lebih baik berbanding tahun lalu.

Katanya, sentimen pengguna pada tahun lalu merosot memandangk­an situasi panik yang tercetus apabila harga minyak mentah menjunam daripada AS$130 satu tong ke paras yang disaksikan sekarang ini.

“Apabila keadaan itu berlaku, semua orang panik kerana negara ini bergantung kepada eksport minyak mentah. Justeru, kerajaan perlu benarbenar memberikan perhatian kepada (pembentang­an) Bajet 2017 untuk memastikan kepentinga­n rakyat terus diambil perhatian,” kata

 ??  ?? Projek LBS Bina Group, Skyvilla.
Projek LBS Bina Group, Skyvilla.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia