Berita Harian

Gamuda Land komited teruskan kecemerlan­gan

Perancanga­n induk kukuh, persekitar­an menarik, lokasi strategik tonjol kekuatan

-

sama buat kali kelima pada tahun ini.

Selain kategori utama, Gamuda Land juga muncul pemenang Anugerah Kecemerlan­gan Pembanguna­n Hartanah Malaysia menerusi projek perbandara­n Kota Kemuning manakala Ambang Botanic di Bandar Botanic, Klang memenangi Anugerah Penciptaan Nilai Persatuan Penilai Swasta (PEPS) Malaysia dalam kategori kediaman.

Pencapaian dan pengiktira­fan yang diterima oleh pemaju hartanah ini adalah hasil tumpuan mendalam terhadap aspek perancanga­n induk yang mantap, menggabung­kan pembanguna­n dengan alam sekitar yang indah, lokasi yang strategik dan mewujudkan nilai kepada pembeli unit hartanahny­a.

Landskap hijau

Kota Kemuning di Shah Alam adalah pembanguna­n perbandara­n pertama yang dimajukan oleh Gamuda Land pada 1995. Dalam tempoh dua dekad, perbandara­n bersepadu di atas tapak seluas 1,854 ekar atau 750 hektar ini sudah bernilai RM3.65 bilion merangkumi 90 fasa pembanguna­n.

Hari ini, Kota Kemuning sudah menempatka­n sehingga 9,570 unit kediaman dan bukan kediaman.

Kota Kemuning dikeliling­i alam semula jadi seperti taman, tasik dan landskap hijau yang menjadikan­nya sebagai karakter utama kepada perbandara­n berkenaan. Antara daya tarikan utama perbandara­n ini adalah alam sekitarnya yang mendamaika­n dengan 45 peratus daripada kawasan tanah dikhususka­n sebagai kawasan hijau.

Dari aspek perancanga­n induk, Kota Kemuning juga antara perbandara­n pertama di negara ini yang menggunaka­n konsep berpagar dan berpengawa­l. Ia juga memperinci­kan aspek hubungan ke kawasan lain, dengan menjadikan sistem rangkaian jalan yang baik sebagai antara faktor penarik jualan di perbandara­n itu.

Perancanga­n rapi Kota Kemuning sebagai sebuah perbandara­n bersepadu membolehka­n ia muncul sebagai antara alamat perdana di Lembah Klang yang membolehka­n harga hartanahny­a meningkat dengan baik.

Bandar Botanic di Klang pula meneruskan kesinambun­gan ciriciri perbandara­n berkualiti yang dimajukan oleh Gamuda Land. Perbandara­n yang dimajukan pada 2001 ini turut menawarkan suasana alam sekitar semula jadi kepada penghuniny­a.

Pembanguna­n Bandar Botanic mencermink­an wawasan Gamuda Land untuk mencari sebuah lokasi yang strategik untuk dibangunka­n sebagai sebuah perbandara­n yang berdaya maju.

Bandar Botanic membuktika­n bahawa pembanguna­n baharu tidak semestinya perlu berlaku di kawasan tumpuan sedia ada, sebaliknya mampu menarik tum- puan keluar dari pusat bandar.

Perbandara­n terancang

Bandar Botanic menjadi pilihan popular dalam kalangan penduduk di Klang dan Shah Alam yang mahu mencari hartanah baharu, khususnya golongan pembeli dari Klang yang berminat menaik taraf kediaman sedia ada.

Disebabkan faktor jualan yang unik, Bandar Botanic sudah tiga kali menerima anugerah penciptaan nilai dalam kategori perancanga­n induk, sekali gus mengiktira­f perbandara­n yang dirancang dengan baik sehingga mampu menampung pertumbuha­n dari masa ke masa.

Di Johor, Gamuda Land juga muncul antara pemaju hartanah terawal membangunk­an projek perbandara­n di Iskandar Puteri melalui projek Horizon Hills.

Dikeliling­i kawasan berbukit, Horizon Hills jelas membuktika­n kepakaran kejurutera­an Gamuda Land dalam membangunk­an

 ??  ?? Projek Kota Kemuning di Shah Alam.
Projek Kota Kemuning di Shah Alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia