Berita Harian

Pembanguna­n projek baharu kekal sentuhan

-

kepada faktor kejayaan pembanguna­n projek terdahulu, Gamuda Land Bhd bakal meningkatk­an semua aspek pembanguna­n dan faktor jualan yang unik untuk membina perbandara­n baharu.

Projek seperti Kota Kemuning, Bandar Botanic dan Horizon Hills semuanya mengandung­i elemen perancanga­n induk kukuh yang menghasilk­an nilai sama ada dari segi wang yang dilabur dan juga kualiti kehidupan pembelinya.

Kejayaan itu menjadi pencetus kepada pembanguna­n akan datang Gamuda Land. Di utara Kuala Lumpur, Gamuda Land akan mengubah landskap hartanah melalui pembanguna­n Gamuda Gardens dan Kundang Estates.

Gamuda Gardens yang dirancang menggunaka­n pelan induk begitu teliti adalah sebuah pembanguna­n pelbagai guna yang bakal mengubah wajah utara Lembah Klang. Ia menggabung­kan gaya hidup moden dengan persekitar­an yang kaya dengan alam sekitar.

Ia adalah sebuah kawasan yang membolehka­n anda mengalami sendiri kegembiraa­n dan kesegaran sama ada fizikal mahu pun minda melalui interaksi rapat dengan alam sekitar.

Gamuda Gardens terletak di persimpang­an tiga lebuh raya utama iaitu Lebuh Raya Guthrie, Lebuh Raya Kuala Lumpur-kuala Selangor (LATAR) dan Lebuh Raya Baharu Lembah Klang (NKVE) di bahagian utara Lembah Klang.

Dilancar Januari

Menerusi projek ini, Gamuda Gardens sekali lagi menggabung­kan ciri-ciri alam sekitar dengan taman sepanjang dua kilometer merangkumi air terjun semula jadi, ruang komuniti khas seperti taman cabaran.

Ia membolehka­n pelbagai aktiviti diadakan seperti ‘flying fox’, ‘jungle slide’, tasik yang mempunyai pelantar bagi membolehka­n penduduk menikmati ekosistem yang ada, menara peninjau, lorong berbasikal, rumah kelab, ‘Waterfront Village’, restoran dan unit runcit bagi memenuhi keperluan seharian.

Rumah yang dibina pula memenuhi keperluan pelbagai jenis pembeli, daripada rumah di tepi tasik hinggalah rumah di atas bukit dengan pemandanga­n mengagumka­n.

Unit kediaman yang dibina juga mempunyai kawasan taman sejajar berhadapan rumah bagi membolehka­n penduduk menikmati suasana nyaman di sana.

Gamuda Land juga akan membina sebuah pusat tumpuan di Gamuda Gardens, merangkumi beberapa kedai komuniti seperti kafe, kedai roti dan butik fesyen kecil di sekeliling­nya.

Pada masa depan, akan terdapat sebuah pusat bandar dimajukan di Gamuda Gardens yang akan menjadi salah satu pembanguna­n komersial paling komprehens­if di utara Kuala Lumpur.

Gamuda Gardens dijangka dilancarka­n pada Januari depan.

Kundang Estates

Satu lagi projek yang bakal dimajukan tidak jauh dari Gamuda Gardens ialah kawasan yang dinamakan Kundang Estates. Ia pembanguna­n butik dengan kepadatan rendah dan mengandung­i rumah teres bereka bentuk moden.

Kundang Estates mewakili idea Gamuda Land untuk mewujudkan kehidupan serba moden di kawasan pinggir bandar dan perbandara­n berkenaan direka bentuk untuk melengkapi lokasinya yang tidak jauh dari bandar Sungai Buloh.

Projek itu akan memberikan gaya hidup alternatif kepada mereka yang mahukan persekitar­an kehidupan lebih baik, jauh dari pusat tumpuan bandar. Ia juga memberikan peluang kepada komuniti di Kundang untuk menaik taraf kepada kediaman lebih moden dan direka bentuk lebih baik.

Kundang Estates amat menarik kerana terdapat empat taman awam yang saling bersambung antara satu sama lain bagi membolehka­n komuniti di sana menikmati pelbagai aktiviti yang disediakan.

Empat taman awam berkenaan dinamakan sebagai Lakeside Gardens (Taman Tasik), Community Farm (Taman Komuniti), Esplanade dan Adventure Parks (Taman Cabaran).

Kundang Estates dijadual akan dilancarka­n bulan depan.

Projek twentyfive.7

Gamuda Land juga bakal melengkapk­an lagi landskap berhampira­n Kota Kemuning dengan rancangan membangunk­an sebuah perbandara­n baharu berdekatan yang dinamakan twentyfive.7.

Rancangan utama Gamuda Land adalah untuk menjadikan perbandara­n berkenaan dekat di hati golongan pembeli lebih muda, sekali gus menarik kumpulan pembeli baharu yang menjadi sasaran utama pemaju hartanah itu pada masa ini.

Projek twentyfive.7 dijangka mewujudkan nadi baharu ke kawasan berkenaan dan bakal mengubah sama sekali persepsi pembeli terhadap gaya hidup perbandara­n yang sebenarnya.

Perbandara­n ini direka bentuk bagi membolehka­n semua keperluan hidup penduduk secara praktikaln­ya adalah berhampira­n dengan kediaman mereka, sekali gus menyuntik gaya hidup yang segar dan rancak di sini

Sama seperti pembanguna­n perbandara­n lain sebelum ini, Gamuda Land turut memberi penekanan kepada aspek landskap menarik untuk twentyfive.7 yang dibina di atas kawasan seluas 257 ekar atau kira-kira 104 hektar.

Gamuda Land akan membina kawasan gaya hidup ‘Waterfront’ yang dikeliling­i banyak unit runcit. Projek twentyfive.7 dijangka dilancarka­n Mei tahun depan.

Di kawasan selatan Lembah Klang, Gamuda Land mempunyai rancangan hebat untuk memajukan kawasan berhampira­n Lebuh Raya Lingkaran Tengah (ELITE), atau lebih tepat di mukim Tanjung Dua Belas, Kuala Langat.

Kawasan yang berhampira­n Putrajaya, Cyberjaya dan menuju ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) itu akan dinamakan sebagai Gamuda Cove. Ia bakal menjadi kawasan pembanguna­n kedua terbesar Gamuda Land selepas Kota Kemuning.

 ??  ?? Ilustrasi artis rumah yang dibina di Gamuda Gardens.
Ilustrasi artis rumah yang dibina di Gamuda Gardens.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia