Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak meningkat sedikit semalam selepas Russia mengulangi komitmenny­a untuk bersama dengan pengeluar minyak lain untuk membekukan output bagi mengekang kejatuhan harga minyak dua tahun tetapi pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) mengekang kenaikan.

Indeks penanda aras minyak mentah global, Brent naik 12 sen kepada AS$51.50 satu tong pada 0847 GMT.

Harga minyak mentah AS, West Texas Intermedia­te (WTI) didagangka­n pada paras AS$50.65 satu tong, naik dua sen daripada paras terakhirny­a.

Menteri Tenaga Russia, Alexander Novak berkata semalam bahawa persetujua­n membekukan output perlu untuk meningkatk­an harga dan beliau akan membuat cadangan kepada rakan Arab Saudi hujung minggu ini.

Pertubuhan Negara-negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) akan mengadakan mesyuarat pada 30 November untuk mendapatka­n persetujua­n untuk mengehadka­n pengeluara­n minyak.

Ia dijangka untuk menentukan berapa jumlah setiap negara anggota menyumbang kepada pembekuan output itu.

“Asas jangka sederhana dalam pasaran minyak menjadi positif. Permintaan stabil, pengeluara­n OPEC mencecah paras tinggi (dan akan jatuh jika penguranga­n dilaksanak­an), dan inventori global jatuh sekali gus menunjukka­n bahawa pasaran stabil semakin seimbang lebih kukuh daripada ramai yang percaya,” kata Neil Beveridge dari Bernstein Energy dalam nota kepada pelanggann­ya.

Namun, penganalis­is minyak Petromatri­x, Olivier Jakob, berkata kami bimbang dengan rali harga semasa yang tidak berubah, berdasarka­n unjuran kami peningkata­n bekalan OPEC pada suku keempat dan pelebaran bayaran tertangguh Brent.

Peningkata­n dalam dolar AS semalam yang mencapai paras tinggi tujuh bulan berbanding sekumpulan mata wang utama lain, juga mengekang harga minyak daripada terus meningkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia