Bajet 2017 lonjak indeks
Bursa Malaysia ditutup tinggi menokok 2.80 mata
gakan dan 18 yang lain digantung.
Jumlah dagangan susut kepada 1.44 bilion unit bernilai RM2.05 bilion daripada 1.50 bilion unit bernilai RM1.49 bilion kelmarin.
Peniaga berkata, sentimen pasaran dirangsangkan oleh laporan bahawa syarikat pelaburan berkaitan kerajaan akan memperuntukkan dana khas RM3 bilion.
Dana dilaporkan akan diperuntukan kepada pengurus dana di bawah Suruhanjaya Sekuriti untuk melabur dalam syarikat bermodal kecil dan sederhana yang berpotensi.
“Pelabur mula membeli sejumlah kecil saham mewah terpilih yang mempunyai nilai belian terbaik dalam sektor pengguna, kewangan, perladangan, produk perusahaan dan hartanah, sekali gus menunjukkan reaksi positif terhadap Bajet 2017,” katanya.
Antara saham wajaran tinggi, Tenaga turun empat sen kepada RM14.32, Maybank naik sembilan sen kepada RM7.69, Petronas Chemicals naik tiga sen kepada RM6.98 dan Sime Darby meningkat dua sen kepada RM7.98 manakala Public Bank tidak berubah pada RM19.80.
Bagi saham untung pula, BAT melonjak RM1.30 kepada RM49.80, Carlsberg meningkat 50 sen kepada RM15, KLK naik 44 sen kepada RM24.36, Scientex bertambah 34 sen kepada RM6.95, F&N menokok 32 sen kepada RM24.42 dan Bursa Malaysia naik 28 sen kepada RM9.03.
Di papan skor, Indeks FBM Emas meningkat 19.93 mata kepada 11,810.12, Indeks FBM Emas Syariah susut 2.56 mata kepada 12,442.37, Indeks FBMT100 naik 19.79 mata kepada 11,509.73, FBM 70 menokok 25.68 mata kepada 13,879.10 dan FBM Ace susut 18.51 mata kepada 5,124.86.
Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 43.50 mata kepada 7,961.36, Indeks Perusahaan naik 8.31 mata kepada 3,142.80 dan Indeks Kewangan melonjak 84.64 mata kepada 14,429.34.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 1.11 bilion unit bernilai RM2.00 bilion daripada 926.70 juta unit bernilai RM1.41 bilion kelmarin.
Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 152.16 juta saham bernilai RM22.80 juta daripada 261.83 juta saham bernilai RM27.10 juta sebelum ini.
Waran merosot kepada 172.94 juta unit bernilai RM24.69 juta daripada 306.63 juta unit bernilai RM53.24 juta pada Khamis.
Barangan pengguna menyumbang 53.90 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, barangan perusahaan (178.47 juta), pembinaan (49.64 juta), dagangan dan perkhidmatan (461.59 juta), teknologi (47.77 juta), infrastruktur (18.13 juta), SPAC (106.10 juta), kewangan (60.21 juta), hotel (378,400), hartanah (83.07 juta), perladangan (42.05 juta), perlombongan (sifar), REIT (11.56 juta) dan dana tertutup (38,800).