Berita Harian

Berselawat elak riak, penyakit hati

-

Begitu banyak dalil alquran dan hadis sahih yang menyampaik­an manfaat amalan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhamad SAW kerana ia bukan sekadar puji-pujian, bahkan doa yang dipanjatka­n kepada Allah SWT.

Kelebihan dan rahsia selawat dibicaraka­n secara terperinci oleh pendakwah kelahiran Madinah, Sheikh Dr Mahmoud Mrglani pada majlis Bacaan dan Syarahan Kitab Dala’il al Khayrat yang berlangsun­g di Auditorium Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Katanya, satu-satunya amalan yang dapat meluaskan ruang hati dan mengelakka­n daripada perasaan riak adalah dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

“Ketika saya membesar di tanah kelahiran di Madinah 40 tahun lalu, kami dididik untuk membasahka­n bibir dengan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Setiap hari, kami berselawat minimum sebanyak 10,000 kali.

“Mereka yang melakukan kurang daripada itu akan ditegur untuk memperbany­akkannya. Ia satu-satunya amalan yang tidak dapat dirosakkan oleh perasaan riak, selain merawat pelbagai penyakit hati,” katanya.

Tersebar luas

Membicarak­an kitab lama berjudul Dala’il Khairat yang membawa maksud petunjuk kebaikan, menurut Dr Mahmoud ia adalah manuskrip karangan ulama besar dari Maghribi, Muhammad bin Sulaiman al Jazuli atau dikenali sebagai Imam al-jazuli pada abad ke-15.

Kitab itu mengandung­i himpunan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW, zikir dan doa yang tersebar secara menyeluruh di pelbagai negara dan diamalkan masyarakat Islam, termasuk seluruh pelosok Nusantara.

“Seni membaca Dala’il Khairat dan zikir adalah secara berirama. Di Maghribi, sudah menjadi amalan turun-temurun untuk membaca kitab ini setiap hari mengikut juzuk ditetapkan sehingga selesai.

“Salinan naskhah ini juga ditemui di pelbagai negara, sekali gus menjadi bukti ia tersebar cukup luas di segenap pelosok dunia,” katanya.

Kebanyakan orang soleh, syeikh tarikat dan ulama sejak 50 tahun yang lampau akan memastikan mereka khatam sepenuhnya keseluruha­n bacaan dalam Dala’il Khairat setiap Subuh pada hari Jumaat.

Pameran manuskrip

Kitab ini dikatakan mengandung­i lebih 50,000 formula selawat Rasulullah SAW yang salah satu daripada kebaikanny­a adalah sebagai pintu untuk sampai dan mendekatka­n diri dengan Allah SWT.

Memastikan manuskrip penting dalam sejarah ketamaduna­n Islam terus tersebar dan diamalkan secara meluas, Muzium Kesenian Islam Malaysia buat julung kalinya menganjurk­an pameran, khusus bagi mengangkat khazanah yang dipercayai muncul sejak abad ke-15.

Pameran yang berlangsun­g sehingga 31 Disember depan menampilka­n 27 iluminasi atau seni hias berasaskan kandungan manuskrip Dala’il Khayrat daripada koleksi muzium sendiri.

Ia turut mendedahka­n sejarah dan keindahan kepelbagai­an bentuk seni dalam dunia Islam yang dihasilkan oleh pembuat seni hias, penggiat seni kaligrafi dan pelukis pada masa silam.

Sempena pameran berkenaan, Muzium Kesenian Islam Malaysia turut menerbitka­n naskhah bertajuk ‘Dala’il Khayrat: Manuskrip Doa Daripada Abad Ke-16 hingga 19’ merangkumi koleksi manuskrip asal dari Maghribi dan salinan negara lain, termasuk China dan Turkistan Timur.

 ?? [FOTO ADI SAFRI/BH] ?? Hadirin memberi tumpuan pada majlis Bacaan dan Syarahan Dala’il al Khayrat yang disampaika­n oleh Sheikh Dr Mahmoud Mrglani di Muzium Kesenian Islam, baru-baru ini.
[FOTO ADI SAFRI/BH] Hadirin memberi tumpuan pada majlis Bacaan dan Syarahan Dala’il al Khayrat yang disampaika­n oleh Sheikh Dr Mahmoud Mrglani di Muzium Kesenian Islam, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia