Berita Harian

Pierce Brosnan mohon maaf kerana iklan sentil

Terkejut diberitahu kempen pan masala dikait kanser

-

Nama sebenar

Isteri, Keely Shaye Smith (berkahwin sejak 2001), Cassandra Harris (1980-1991)

Anak, Sean Brosnan, Dylan Brosnan, Charlotte Brosnan, Chris Brosnan dan Paris Brosnan

Aktor Ireland, Pierce Brosnan memohon maaf kepada rakyat India atas ‘penggunaan tidak sah dan memperdaya’ imejnya dalam satu kempen iklan untuk penyegar bau nafas, yang dikaitkan dengan kanser.

Brosnan, 63, yang berjambang muncul di muka depan iklan akhbar dan televisyen India awal bulan ini bagi mempromosi ‘pan masala’ (sentil), sejenis bahan mengandung­i tembakau, limau, rempah dan kekacang.

Produk itu dikenal pasti meningkatk­an risiko mendapat kanser mulut dan tekak, biasanya diludah (berwarna merah) di tepi jalan dan kaki lima di India.

Selepas mencetuska­n kemarahan termasuk daripada kerajaan India, yang melarang iklan pan masala, syarikat itu menjelaska­n, jenis khusus yang dipromosi Brosnan tidak mengandung­i tembakau atau nikotin.

Iklan ditarik balik

Namun, sekurang-kurangnya satu jenis produk itu mengandung­i supari (buah pinang), sejenis bahan dianggap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai karsinogen­ik (berbahaya). Iklan itu kemudian ditarik balik daripada siaran di televisyen.

Brosnan berkata semalam beliau ‘amat terkejut dan sedih’ kerana imejnya digunakan untuk mempromosi produk yang mungkin berbahaya.

Dakwa diperdaya

“Saya tidak akan bersetuju mempromosi satu produk di India yang berbahaya kepada kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan kepada majalah People.

Beliau berkata, dirinya bersetuju hanya untuk mengiklank­an satu produk tunggal yang dimaklumka­n adalah ‘penyegar bau nafas/pemutih gigi dan ia semuanya semula jadi, tidak mengandung­i tembakau, buah pinang atau sebarang bahan yang berbahaya.’

“Pengalaman kehilangan isteri pertama dan anak perempuan serta beberapa rakan akibat kanser, saya menyokong penjagaan kesihatan wanita dan program penyelidik­an yang memperbaik­i kesihatan manusia dan mengelak penderitaa­n,” katanya.

 ?? [FOTO AGENSI] ??
[FOTO AGENSI]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia