Berita Harian

Taylor Swift minta hakim sita gambar sensitif, peribadi

-

Colorado: Bintang pop Taylor Swift meminta seorang hakim menyita bukti ‘amat peribadi dan sensitif’ yang didakwa dapat membuktika­n seorang DJ radio meraba punggungny­a pada 2013.

Swift memfailkan usul itu semalam bagi melarang orang ramai daripada melihat beratus muka surat dokumen mahkamah dan bukti bergambar bagi menolak tuntutan saman awam pertama difailkan DJ Colorado, David Mueller.

DJ saman Swift

Pelantun lagu Bad Blood itu mendakwa Mueller ‘menyelak skirt dipakainya dan merabanya’ di belakang pentas Denver Pepsi Center ketika mereka mengambil gambar bersama sebelum beliau membuat persembaha­n.

Mueller, yang dipecat daripada tugasnya selepas tuduhan itu muncul menyaman Swift kerana memfitnah, mendakwa penyeliany­a di stesen radio Denver KYGO, Eddie Haskell, sebenarnya yang mencabul penyanyi itu.

Saman balas Swift menyatakan: “Swift tahu sebenarnya siapa yang melakukan serangan itu, ia sebenarnya Mueller dan beliau tidak keliru jika rakan perniagaan sekian lamanya, Haskell, menjadi pelakunya.”

Lindungi privasi

Usul itu, yang menyatakan bahaya mempengaru­hi seorang juri, juga menyatakan pentingnya melindungi privasi Swift oleh kerana bukti bergambar ‘akan dikongsi untuk kepentinga­n skandal dan lucah.’

Menurut akhbar Denver Post, usul itu menyatakan: “Hakikat bahawa plaintif didakwa menyerang Swift hanya meningkatk­an kemungkina­n bukti akan dilaporkan secara meluas, dibincangk­an dan diputar belitkan dengan cara kemungkina­n mempengaru­hi undian juri.”

Mueller juga menyokong usul Swift untuk menyita dokumen itu, termasuk keterangan saksi dan gambar.

Jika usul itu diluluskan, Hakim William Martinez akan menolak tuntutan saman ke atas Taylor, gambar diambil pada malam serangan berlaku tidak akan didedahkan kepada umum.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia