Berita Harian

Rosberg tak hirau masalah Hamilton

Pelumba Jerman itu perlu tamatkan baki empat pusingan di tempat kedua bagi mengesahka­n kejuaraan dunia

-

Austin (Amerika Syarikat)

N“Saya tidak pernah memikirkan­nya kerana saya merancang untuk meraih lebih banyak kemenangan ketika ini dan itu saja,” kata Rosberg. “Dan sudah tentu saya akan menyingkir­kan segala pemikiran negatif. Ia tidak memberi sebarang makna, ia tidak akan menjadikan saya bertambah laju minggu ini untuk memikirkan bagaimana saya rasa jika saya tewas.

“Ia tidak berhasil.”

Selepas 17 pusingan perlumbaan, Rosberg sudah memenangi sembilan perlumbaan musim ini termasuk yang terakhir di GP Jepun dengan Hamilton memenangi enam perlumbaan.

Tidak fikir hal lain

“Segala-galanya berjalan seperti biasa minggu ini,” kata Hamilton yang mengulangi kata-katanya pada setiap perlumbaan sebelum ini. “Mengapa kehilangan tenaga dan berfikir mengenai sesuatu yang lain yang masih jauh dan sama ada ia akan berlaku atau tidak?

“Lebih baik kekal seperti ketika ini dan melakukan yang paling baik. Kami tidak boleh memikirkan apa yang kamu fikirkan, bolehkah kamu. Saya memilih untuk berfikir mengenai Austin dan minggu ini yang saya berada di sini... saya tidak akan melangkaun­ya, saya hanya perlu kepada perkara yang lain.”

Rosberg yang memenangi tiga pusingan terakhir pada 2015 dan empat perlumbaan awal pada 2016 hanya perlu menamatkan baki empat pusingan di tempat kedua bagi mengesahka­n kejuaraan dunia namun dia tidak pernah memikirkan situasi itu.

“Sudah tentu saya langsung tidak berfikir mengenainy­a. Saya akan cuba memenangi perlumbaan di sini pada minggu ini, saya tidak cuba untuk mendapat tempat kedua. Saya sentiasa berusaha keras untuk menang, 100 peratus sehingga penamat.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia