Berita Harian

Crutchlow terpantas dalam hujan lebat

-

Phillip Island: Hujan lebat merencatka­n hari pembukaan perlumbaan Motogp Grand Prix (GP) Australia, semalam yang menyaksika­n penunggang Honda, Cal Crutchlow tampil dengan catatan terpantas di Phillip Island.

Sesi di sebelah pagi berjaya dilengkapk­an namun susulan penangguha­n selama 40 minit, sesi di sebelah petang dibatalkan selepas hanya 14 minit berikutan hujan lebat yang menyaksika­n keadaan terlalu berbahaya untuk diteruskan.

Pelumba kelahiran Britain, Crutchlow yang ketika ini menghuni tangga ketujuh dalam kedudukan pelumba melakukan catatan terbaik 1 minit 40.957 saat sekali pun hanya melakukan lapan pusingan.

Jaguh Itali, Danilo Petrucci yang menunggang jentera Ducati mencatat masa kedua terpantas diikuti pelumba tuan rumah, Jack Miller ketiga.

Rossi kedua terpantas

Juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi yang ketika bersaing dengan rakan sepasukann­ya daripada Yamaha, Jorge Lorenzo bagi merebut gelaran naib juara pada awalnya mencatat masa kedua terpantas namun catatannya dibatalkan.

“Keadaannya amat sukar. Pagi pagi kami berjaya menunggang selama 20 minit dalam keadaan yang boleh diterima dan catatan saya agak baik,” kata Rossi.

“Pada sebelah petang keadaan suhu jatuh dan jumlah air di atas litar terlalu banyak, jadi agak tidak bernasib baik yang kami tidak dapat menunggang.”

Juara dunia yang baru dinobatkan, Marquez susulan kejayaanny­a di GP Jepun, minggu lalu mencatat masa keempat terpantas.

“Sekali pun hujan turun sepanjang hari, pada sebelah pagi kami dapat melakukan beberapa pusingan namun pada akhir sesi kami perlu berhenti kerana ada terlalu banyak air di litar,” katanya.

Lorenzo yang musim lalu dipisahkan 0.249 saat dengan Marquez selaku juara dan naib juara di Phillip Island tahun lalu melakukan masa ke-19 terpantas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia