Berita Harian

Liverpool ada formula hadapi West Brom

-

London: Jurgen Klopp percaya Liverpool sudah bersedia menanti kunjungan West Brom, malam ini berikutan kemampuan The Reds mengekang corak permainan hantaran jauh oleh Manchester United.

Liverpool diikat 0-0 oleh United, awal pagi Selasa lalu oleh skuad bimbingan Jose Mourinho yang menggunaka­n permainan hantaran jauh bagi mengatasi corak permainan tekanan tinggi yang diterapkan Klopp dan dia menjangkak­an West Brom akan melakukan perkara sama.

Kurang 10 bulan lalu, West Brom menggunaka­n corak permainan serupa yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 dan pengurus kelahiran Jerman itu percaya pengalaman yang diperoleh ketika bertemu United akan memberi manfaat kepada pasukannya.

“Kami adalah pasukan yang mengutamak­an penguasaan bola dan Manchester United lebih fizikal dan kuat berbanding kami kerana mereka mempunyai ramai pemain yang tinggi,” kata Klopp.

Kelebihan besar (gambar)

“Kami melakukann­ya dengan baik dan saya tidak mengingati yang mereka memiliki kelebihan yang besar dalam perlawanan. Kami perlu bersedia dengan situasi seperti sekali lagi (menentang West Brom).

“Kamu sentiasa boleh menggunaka­n beberapa perkara daripada perlawanan sebelum ini, namun pada masa saya ia tetap berbeza. Bertahan adalah penting, amat penting, ketika menentang United dan ia juga penting dalam perlawanan seterusnya.”

Selepas pertemuan dengan United, Liverpool menjadi sasaran kritikan Mourinho yang menggelar mereka ‘pasukan yang bertahan dengan amat baik’ namun Klopp langsung tidak terganggu dengan situasi itu.

“Saya tidak berminat. Saya rasa perlawanan sudah berakhir, jadi mengapa kita terus bercakap mengenainy­a? Apa yang saya tidak gemar mengenai media ialah kamu menulis apa yang kamu dengar dan bukan lihat. Saya boleh cakap apa saya mahu dan kamu menulisnya dan beberapa orang berfikir, ia tidak betul.

“Saya tidak peduli apa orang lain katakan selepas perlawanan. Saya tahu perlawanan itu dan tahu apa yang dapat dipelajari,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia