Berita Harian

Ancelotti harap Bayern bangkit hari ini

-

Berlin: Carlo Ancelotti berharap Bayern Munich mampu membawa pulang kemenangan ketika bertemu Borussia Moenchengl­adbach, hari ini sekali gus menamatkan deretan tanpa kemenangan pendahulu Bundesliga itu dalam saingan domestik.

Bayern menang lapan perlawanan awal bersama Ancelotti dalam semua kejohanan namun gagal melakar kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir sebelum bangkit menewaskan PSV Eindhoven 4-1 dalam kempen Liga Juara-juara, minggu ini.

Gergasi Bavarian itu ketika ini memiliki kelebihan dua mata di puncak liga namun prestasi sama ketika menentang PSV perlu diulang jika mahu kedudukan itu tidak tergugat.

Moenchengl­adbach liat

“Saya fikir kami jelas mengambil satu langkah ke depan, dan kamu perlu memulakann­ya daripada itu,” kata kapten, Philipp Lahm.

Juara Jerman itu gagal untuk menewaskan Moenchengl­adbach dalam empat pertemuan terakhir dengan dua perlawanan pada musim lalu di laman sendiri dan lawan berakhir dengan kekalahan.

Moenchengl­adbach juga ketika ini masih segar dengan kemenangan 2-0 ke atas Celtic dalam kempen Liga Juara-juara namun skuad bimbingan Andre Schubert itu memerlukan kebangkita­n selepas tewas 4-0 kepada Schalke dan seri dengan Hamburg.

“Bayern adalah pasukan yang amat berbeza dengan Celtic, kamu tidak boleh membanding­kan mereka,” kata pertahanan Moenchengl­adbach, Jannik Vestergaar­d.

“Bayern adalah pasukan kelas dunia jadi kami perlu bekerja dengan amat-amat keras, namun kami juga perlu cuba bermain dengan cara kami dan jika tidak, ia akan menjadi 90 minit yang amat panjang.”

 ??  ?? Vestergaar­d (kanan) tetap hormati kelibat Bayern.
Vestergaar­d (kanan) tetap hormati kelibat Bayern.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia