Berita Harian

Selangkah ke separuh akhir

Tewaskan China 5-1 sekali gus ungguli tangga teratas dengan enam mata

- Oleh Naqib Nor Said

Tuan rumah, Malaysia hanya selangkah lagi dipisahkan dengan pentas separuh akhir QNET Trofi Juara-juara Asia 2016 apabila membenam China 5-1 di Stadium Hoki Wisma Belia, malam tadi.

Kemenangan itu membolehka­n skuad bimbingan Stephen Van Huizen mengekalka­n rekod permulaan sempurna untuk mengunggul­i tangga teratas dengan enam mata, diikuti India dan Pakistan masing-masing tiga mata.

Dengan aksi berbaki tiga perlawanan, skuad negara kini hanya perlu menewaskan Jepun pada aksi ketiga Ahad ini untuk mengesahka­n tiket separuh akhir.

Skuad negara beraksi dengan tempo yang tinggi pada suku pertama sehingga berada di depan seawal minit keenam menerusi penyerang Perak, Haziq Samsul yang menyapu bola muntah percubaan pukulan sudut Razie Rahim.

Haziq terus menceriaka­n kem negara pada minit ke-20 apabila mencetak gol keduanya menerusi gerakan sama sebelum tiba giliran Fitri Saari meledak selang dua minit kemudian.

Bersambung suku ketiga, pelawat yang menduduki ranking ke-18 dunia itu merapatkan jurang menerusi gol padang Wang Bowen pada minit ke-33 tetapi Shahril Saabah kembali melebarkan kedudukan empat minit kemudian.

Berpuas hati

Penyerang Terengganu, Firhan Ashari melengkapk­an kemenangan besar Malaysia apabila mencetak gol peribadi kedua kejohanan pada pada minit ke-54.

“Secara keseluruha­n saya berpuas hati dengan tiga mata tetapi ada beberapa kelemahan yang masih boleh diperbaiki. “Malah, selepas kena gol beberapa pemain kami tampak kehilangan arah tetapi selamat mereka kembali bersatu,” kata Stephen.

Jurulatih China, Song Yi pula berkata, pasukannya dibentuk sejak dua minggu lalu selepas tamat Liga Kejuaraan China dan majoriti pemain yang dibawa dalam kejohanan ini adalah pemain muda.

“Kami mahu memberi pendedahan kepada pemain muda terbabit. Saya berharap pemain segera belajar,” kata Song.

Sementara itu, penyandang juara Pakistan terpaksa menunggu sehingga saat akhir untuk mencipta kejutan menewaskan Korea Selatan 1-0 menerusi pukulan sudut penalti Abdul Khan pada minit ke-60.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia