Berita Harian

Hanya pesilat terbaik ke Sukan SEA Kuala Lumpur

- Oleh Sukhairi Thani

Kuala Lumpur: Prestasi cemerlang di Kejohanan Dunia di Bali pada 2 hingga 9 Disember ini bukanlah satu jaminan tiket buat pesilat negara untuk mengisi senarai nama atlet di Sukan SEA Kuala Lumpur tahun depan.

Setiausaha Agung Persekutua­n Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, semua pesilat negara termasuk Olahragawa­n Negara, Mohd Al-jufri Jamari harus menunjukka­n prestasi konsisten pada setiap kejohanan disertai sehingga senarai penuh atlet ke Sukan SEA diputuskan.

“Kami ada menukar dua orang yang dirasakan sudah sampai pada keadaan tepu sebelum ini, mereka tak tahu apa nak buat ketika bertanding.

Ada semangat

“Jadi kami tukar dan bagi ruang kepada pesilat baharu untuk masuk dan pesilat itu pun saya fikir kalau dilatih, mempunyai semangat nak jadi juara, maka dia boleh mencapai kejayaan.

“Sebab itulah bagus konsep yang PESAKA buat, yang saya dan Exco PESAKA putuskan iaitu tidak ada sesiapa yang boleh menjamin tempat mereka kerana ada pesilat lain yang sentiasa nak mengisi tempat itu.

Masih ada kejuaraan lain

“Jadi mereka kena buktikanla­h dan di Kejohanan Dunia ini adalah tempatnya untuk kembali dan jadi juara dunia.

“Namun, kalau balik selaku juara dunia pun, itupun masih belum tentu lagi kerana masih ada beberapa kejuaraan yang mereka perlu sertai pada bulan Februari dan Mei iaitu Terbuka Belgium sebelum kami membuat senarai akhir, pada Ogos nanti,” kata Megat Zulkarnain.

Mengulas mengenai Kejohanan Dunia di Bali nanti, Megat Zulkarnain berkata: “Kami menghantar 30 pesilat untuk menyertai semua acara yang dipertandi­ngkan.

“Kejohanan kali ini difahamkan disertai sebanyak 51 buah negara. Ini adalah antara yang terbesar dalam sejarah kejohanan silat dunia.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia