Berita Harian

PKNS iringi MU ke Liga Super

- Oleh Asrol Awang, Ryan Stanley dan Izzali Ismail

Kuala Lumpur: PKNS FC mengiringi Melaka United (MU) ke Liga Super musim depan selepas pasukan tangga ketiga, Johor Darul Ta’zim II (JDT II) sekadar terikat tanpa jaringan dengan Drb-hicom, petang semalam.

Kegagalan JDT II mencatat kemenangan di Stadium Proton, Tanjung Malim itu menyaksika­n PKNS yang dibimbing E Elavarasan turun tanpa tekanan selepas mengetahui kedudukan mereka di tangga kedua sudah tidak lagi tergugat.

Bagaimanap­un, mereka tetap berjaya menewaskan Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang hasil jaringan Juan Manuel Cobelli pada minit ke-10 dan 66.

Di Stadium Darul Makmur,

Negeri Sembilan merampas kedudukan keempat dari Kuala Lumpur selepas menewaskan Kuantan FA 2-0 menerusi jaringan Goran Jerkovic pada minit ke-19 dan Sean Eugene (m-63).

Universiti Teknologi MARA (UITM) terselamat dari penyingkir­an selepas bangkit dari ketinggala­n untuk menewaskan Sabah 2-1.

Sabah terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Igor Cerina pada minit ke-24 sebelum UITM bangkit menerusi gol yang disumbangk­an John Landa Matkin (m-53) dan Raslam Khan Abdul Rashid (m-76).

Kemenangan UITM itu sekali

Di Stadium Likas,

gus menyaksika­n Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tewas 2-3 kepada Perlis di Stadium Majlis Perbandara­n Temerloh mengiringi Sime Darby jatuh ke Liga FAM.

Rapat jurang

Charles Chad meletakkan Perlis mendahului dua gol pada minit ke-61 dan 63 sebelum Khasan Abdukarimo­v merapatkan jurang untuk ATM menerusi jaringan pada minit ke-68.

Bagaimanap­un, Mohamadou Sumareh kembali menjarakka­n kedudukan buat Perlis dengan jaringan ketiga pada minit ke-74 sebelum Venice Elphi meledak gol kedua ATM lima minit kemudian.

Di Stadium Darul Aman,

Alor Setar, Kedah tetap mempamerka­n aksi berbisanya apabila menewaskan FELDA United FC 1-0 menerusi pemain importnya, Shane Edward Smeltz dalam aksi terakhir Liga Super kedua-dua pasukan, musim ini.

Dengan keputusan itu, Kedah melengkapk­an jumlah pungutan mata sebanyak 37 mata di carta Liga Super setelah melengkapk­an 22 perlawanan dan sudah semestinya kemenangan skuad Helang Merah itu akan menyuntik motivasi menjelang final Piala Malaysia menentang Selangor di Stadium Shah Alam, 30 Oktober ini.

 ?? [FOTO AMRAN HAMID/BH] ?? Pemain Kedah, Thiago Agusto (kiri) berebut bola dengan pemain FELDA United, Hasnizaidi Jamian pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, malam tadi.
[FOTO AMRAN HAMID/BH] Pemain Kedah, Thiago Agusto (kiri) berebut bola dengan pemain FELDA United, Hasnizaidi Jamian pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia