Berita Harian

Malam penentu empat pasukan

Sarawak, PDRM, Pulau Pinang, Terengganu perlu menang elak penyingkir­an ke Liga Perdana

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Tiada lagi perebutan untuk kedudukan tiga teratas Liga Super selepas ia sudah sah menjadi milik Johor Darul Ta’zim (JDT), FELDA United FC dan Kedah.

Hanya penentuan empat pasukan sedang merebut dua lagi slot untuk terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan selepas Pahang terselamat dari penyingkir­an apabila mendapat tiga mata percuma dari Kedah.

Nasib Sarawak, PDRM, Pulau Pinang dan Terengganu hanya akan ditentukan selepas 90 minit perlawanan terakhir liga malam ini dengan pasukan yang tewas secara automatik akan tersingkir ke Liga Perdana.

Kelebihan tampak lebih memihak kepada Sarawak yang mana mereka hanya memerlukan keputusan seri sementara PDRM perlu mengharapk­an Pulau Pinang tidak mencatat kemenangan ke atas Terengganu.

Bagi Terengganu, tiada jalan lain perlu dilakukan selain meraih kemenangan ke atas Pulau Pinang sambil berharap perlawanan Sarawak dan PDRM tidak berkesudah­an dengan keputusan seri.

Berbeza dengan Pulau Pinang apabila mereka hanya perlu memikirkan untuk mendapatka­n kemenangan tanpa mengharapk­an keputusan dari perlawanan Sarawak dan PDRM.

Sukar diramal

Secara keseluruha­nnya, sukar untuk diramal pasukan mana yang akan mengucapka­n selamat tinggal kepada Liga Super dan hanya kemenangan jalan paling selamat buat empat pasukan itu untuk mengelak dari penyingkir­an.

Apa yang penting adalah percaturan yang akan dilakukan empat jurulatih kerana peranan mereka yang akan menentukan nasib skuad bimbingan masing-masing.

Bagi saingan Liga Perdana yang berakhir malam tadi, Melaka dan PKNS sudah boleh memulakan perancanga­n awal mereka untuk menghadapi saingan lebih hebat musim depan selepas kedua-duanya naik ke Liga Super.

Perancanga­n rapi di samping perbelanja­an besar dalam mendapatka­n pemain berkualiti juga seharusnya sudah boleh dilakukan kedua-dua pasukan itu sekiranya mahu berada setaraf dengan pasukan lebih besar dalam liga utama bola sepak tempatan.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Sime Darby FC pula perlu menyalahka­n diri sendiri selepas terpaksa kembali bersaing dalam kancah Liga FAM apabila menamatkan saingan dalam kelompok dua pasukan terbawah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia