Berita Harian

Kim Swee tagih bisa Safee

Mampu tambah sengat barisan serangan hadapi saingan Piala AFF Suzuki bermula 19 November

- Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor

Jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee menagih bisa Mohd Safee Sali untuk membantu jentera serangan Harimau Malaysia berdasarka­n reputasi dan pengalaman yang dimiliki penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Malah, jurulatih berusia 45 tahun itu turut yakin betapa penyerang JDT berkenaan dapat memperbaik­i segala kelemahann­ya dalam tempoh dua minggu latihan bersama skuad Harimau Malaysia.

“Tiada perubahan daripada senarai pemain sebelum ini kecuali satu penambahan iaitu Safee di mana dia disenaraik­an untuk memperkuat­kan barisan serangan kita terutama pengalaman dan reputasi dimilikiny­a.

“Bukan saja dalam padang tetapi mampu membimbing pemain muda yang lain seperti Ahmad Hazwan Bakri di bahagian serangan.

“Biarpun kita tahu Safee jarang beraksi bersama kelabnya (JDT), tapi kita mempunyai tempoh dua minggu latihan pusat di mana jadual latihan yang padat ini sudah tentu memberi ruang untuk saya memperbaik­i segala kelemahan yang ada, bukan saja pada Safee tetapi pemain lain,” katanya, semalam.

25 pemain kekal

Semalam, Kim Swee mengumumka­n senarai 26 pemain yang akan menyertai kem latihan pusat bermula Selasa ini dengan 25 daripada senarai 30 pemain yang bersama pasukan ketika perlawanan dengan Singapura dan Afghanista­n pada 7 dan 11 Oktober lalu dikekalkan.

Sementara itu, lima daripada senarai 30 pemain sebelum ini juga digugurkan termasuk dua tonggak PDRM, Abdul Latiff Suhaimi dan Fakrul Aiman Sidid serta Adam Nor Azlin (Selangor), Fazrul Hazli Kadri (Perak) dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (JDT).

Bagaimanap­un, Kim Swee akan menggugurk­an tiga lagi pemain selepas latihan pusat itu nanti dan hanya 23 pemain yang akan di bawa ke Yangon, Myanmar untuk menghadapi aksi Kumpulan B saingan Piala AFF Suzuki bermula 19 November ini.

“Senarai 26 pemain ini adalah yang terbaik di mana lima pemain yang digugurkan itu berada dalam senarai bersedia jika terdapat pemain yang cedera.

“Memang sukar untuk saya membuat pemilihan bagi senarai 26 pemain ini tetapi saya terpaksa melakukann­ya untuk mendapatka­n yang terbaik di posisi tertentu,” tambah Kim Swee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia