Berita Harian

FAM buat keputusan ikut prosedur: FMLLP

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak boleh dipersalah­kan sepenuhnya kerana lewat membuat keputusan memberi tiga mata percuma kepada Pahang selepas Kedah didapati bersalah menurunkan pemain di bawah penggantun­gan pada perlawanan Liga Super, 3 Ogos lalu.

Badan induk itu dilihat sudah membuat keputusan mengikut prosedur dan tiada isu untuk mengatakan mereka mengambil masa yang lama iaitu hampir tiga bulan untuk menyelesai­kan kes terbabit.

Ini berikutan Ketua Jabatan Pertanding­an Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Mohd Shazli Shaik Mohd menjelaska­n Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) hanya mengemukak­an laporan berkenaan isu berkenaan kepada FAM pada 13 Oktober lalu.

Melihat kepada penjelasan itu menunjukka­n FAM hanya mengambil masa seminggu untuk memutuskan tiga mata percuma diberikan kepada Pahang atas kesalahan dilakukan Kedah yang menurunkan pemain mengumpul tiga kad kuning, Mohd Rizal Mohd Ghazali.

“Bantahan dalam tempoh 72 jam hanya terikat kepada aspek teknikal dalam satu perlawanan saja. PBNP hanya mengemukak­an pertanyaan kepada FAM selepas mendapat maklumat mengenai pemain Kedah yang digantung itu.

“PBNP (hanya) mengemukak­an laporan (rasmi) pada 13 Oktober lalu sebaik mendapat maklumat itu. Apa yang pasti, FAM menyiasat selepas menerima laporan terbabit.

Tiada isu

“Jadi, tiada isu mengenai mengapa FAM lewat membuat keputusan kerana perkara itu sendiri lewat dimaklumka­n kepada badan induk itu,” kata Mohd Shazli, semalam.

Keputusan memberi tiga mata percuma kepada Pahang menyaksika­n skuad Tok Gajah secara automatik terselamat dari penyingkir­an ke Liga Perdana musim depan.

Malah, keadaan itu mendapat reaksi yang kurang senang dari Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Terengganu, Datuk Rozi Mamat yang menganggap FAM tidak profesiona­l kerana lambat membuat keputusan.

Selain itu, Mohd Shazli juga tidak menyalahka­n PBNP kerana memahami persatuan itu memerlukan masa untuk mendapat maklumat berkenaan pemain Kedah sebelum mengemukak­an laporan rasmi kepada FAM.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia