Berita Harian

Sektor sukan terus diberi perhatian

RM450 juta dikhususka­n bagi penganjura­n Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN Kesembilan

-

Sektor sukan terus mendapat perhatian kerajaan dengan penyediaan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion bagi tujuan pembanguna­n sukan negara tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentang­kan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, semalam berkata peruntukan itu termasuk RM450 juta yang dikhususka­n bagi penganjura­n Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN Kesembilan, sebagai tuan rumah.

Selain itu, sebanyak RM70 juta turut diperuntuk­kan bagi Program Pembanguna­n Podium Sukan Elit untuk penyediaan atlet ke pertanding­an antarabang­sa.

Program Podium ialah antara lapan inisiatif di bawah Rangka Kerja Berprestas­i Tinggi membabitka­n atlet elit normal dan paralimpik.

"Kita amat bangga atas pencapaian kontinjen Paralimpik dan Olimpik. Pertama kali lagu Negaraku berkumanda­ng di Rio de Janeiro, Brazil (menerusi kejayaan tiga pingat emas dan satu pingat gangsa).

"Kontinjen negara telah menamatkan saingan di Sukan Olimpik dengan empat pingat perak dan satu pingat gangsa. Kita ucapkan syabas dan setinggi tahniah kepada jaguh-jaguh Sukan Olimpik negara," kata Najib.

Negaraku berkumanda­ng

Atlet negara di Sukan Paralimpik meraih tiga emas iaitu dalam acara olahraga menerusi Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (acara 100m T36), Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru F20) dan Abdul Latif Romly (lompat jauh lelaki T20) dan sebutir gangsa oleh Siti Noor Radiah Ismail (lompat jauh wanita T20).

Sukan Olimpik meraih empat pingat perak menerusi tiga acara badminton yang disumbangk­an Datuk Lee Chong Wei dalam acara perseorang­an lelaki; Chan Peng Soon-goh Liu Ying (beregu campuran); Goh V Shem-tan Wee Kiong (beregu lelaki); acara terjun oleh Pandelela Rinong-cheong Jun Hoong; dan pingat gangsa oleh Azizulhasn­i Awang (berbasikal).

Pada pembentang­an itu, pemenang pingat Sukan Paralimpik Rio yang turut berada di dalam Dewan Rakyat, menerima kata-kata penghargaa­n Najib dan sorakan gemuruh daripada anggota Parlimen atas kejayaan luar biasa mereka di Rio.

Najib turut mengumumka­n RM54 juta bagi Program Pembanguna­n Ahli Sukan termasuk Program Penyediaan Atlet dan Program Penyediaan Atlet Paralimpik.

Bagi pembanguna­n bola sepak, sebanyak RM50 juta disalurkan untuk pembinaan Akademi Bola Sepak Fasa II di Gambang, Pahang dan RM122 juta untuk membina dan menaik taraf fasiliti sukan termasuk Kompleks Belia dan Sukan Negeri, Kompleks Futsal 1Malaysia dan Kompleks Sukan Komuniti.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia