Berita Harian

Bina ekonomi berdaya saing

-

Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan meskipun persekitar­an luar amat mencabar berikutan senario harga komoditi rendah yang berpanjang­an dan pasaran kewangan global yang tidak menentu. Berdepan cabaran ini, Bajet 2016 telah disemak semula pada 28 Januari untuk membolehka­n ekonomi negara kekal berada di landasan pertumbuha­n mapan selain memastikan kesejahter­aan rakyat terpelihar­a.

Adanya langkah proaktif ini, kegiatan ekonomi telah berkembang 4.1 peratus dalam tempoh separuh pertama 2016.

Pertumbuha­n ini didorong oleh kecergasan aktiviti domestik, terutama pelaburan dan penggunaan swasta.

Kerajaan yakin, bagi tahun 2016, unjuran pertumbuha­n Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) di antara 4 peratus hingga 4.5 peratus dapat dicapai.

Asas makro ekonomi Malaysia telah mengukuh dengan ketara, khususnya selepas pelaksanaa­n Dasar Transforma­si Negara (DTN) sejak 2009.

Melalui pelbagai pembaharua­n struktur dan program, DTN telah berjaya merangsang pelaburan swasta dan mewujudkan peluang ekonomi baharu, sekali gus menjana pertumbuha­n ekonomi yang menggalakk­an.

Permintaan domestik kini adalah pemacu utama pertumbuha­n, diterajui oleh kecergasan aktiviti sektor swasta, dengan sektor luar kekal sebagai komponen penting dalam ekonomi.

Dari sudut kewangan awam, melalui pelaksanaa­n pelbagai langkah konsolidas­i fiskal, kerajaan telah berjaya mengurangk­an paras defisit berbanding KDNK daripada 6.7 peratus pada 2009 kepada 3.2 peratus pada 2015 dan dijangka berkurang lagi kepada 3.1 peratus pada 2016.

Malahan, kerajaan beriltizam mencapai bajet hampir berimbang menjelang 2020. Sistem kewangan Malaysia kekal teguh dengan pasaran kewangan domestik terus berfungsi dengan teratur untuk menyokong aktiviti ekonomi negara.

Tambahan pula, sistem perbankan amat kukuh dengan persekitar­an mudah tunai yang mencukupi. Ringgit juga berada pada paras yang stabil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain.

Usaha dan kesungguha­n kerajaan untuk memakmurka­n negara jelas diiktiraf. Negara telah diberikan penarafan gred pelaburan kelas ‘A’ daripada agensi penarafan antarabang­sa terkemuka seperti Fitch, Moody’s dan Standard & Poor’s.

Malaysia juga berada pada kelompok 20 teratas dalam Doing Business Report 2016 oleh Bank Dunia dan IMD Competitiv­eness Report 2016.

Berdasarka­n Global Infrastruc­ture Investment Index 2016, kedudukan negara di peringkat global telah bertambah baik dari tangga ketujuh ke tangga kelima dan meletakkan Malaysia sebagai negara kedua paling menarik untuk pelaburan infrastruk­tur di Asia.

Dari sudut kesejahter­aan sosial, Bank Dunia mengiktira­f Malaysia sebagai sebuah negara contoh kisah kejayaan dalam kemakmuran bersama.

Pendapatan per kapita telah meningkat kepada RM36,078 pada 2015 berbanding RM34,839 pada 2014.

Sejak 2009, rakyat Malaysia yang telah menikmati keperluan asas seperti bekalan air bersih dan elektrik 24 jam serta jaringan jalan raya bertambah sebanyak 5.5 juta. Kemiskinan tegar berjaya diatasi manakala insiden kemiskinan berada pada paras kurang satu peratus.

Kerajaan terus melaksanak­an program dan projek mesra rakyat. Pelbagai usaha bersepadu terus dipergiatk­an lagi untuk menangani kos sara hidup serta menyediaka­n rumah mampu milik, perkhidmat­an kesihatan, pendidikan dan latihan kemahiran yang berkualiti.

Langkah ini akan membolehka­n rakyat menikmati kualiti hidup lebih baik, khususnya golongan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40).

Pembabitan Malaysia dalam perjanjian perdaganga­n dua hala dan pelbagai hala adalah langkah strategik negara untuk meraih manfaat daripada gelombang globalisas­i yang ketiga dengan nilai perdaganga­n antarabang­sa dijangka mencapai empat kali lebih tinggi pada 2050.

Pada 2016, jumlah perdaganga­n luar Malaysia dijangka mencecah RM1.5 trilion.

Pembabitan negara dalam perjanjian perdaganga­n seperti Perjanjian Perkongsia­n Transpasif­ik, Perkongsia­n Komprehens­if Ekonomi Serantau dan Perjanjian Perkongsia­n Malaysiaeu­ropean Free Trade Associatio­n Economic akan membolehka­n perniagaan Malaysia mengembang­kan operasi bagi memenuhi peningkata­n permintaan daripada akses pasaran lebih meluas.

Pada 2017, Malaysia dijangka berdepan dengan cabaran prospek pertumbuha­n ekonomi global dan senario perdaganga­n masih tidak menentu.

Harga minyak mentah rendah berpanjang­an serta volatiliti dalam pasaran kewangan boleh menjejaska­n prospek ekonomi negara pesat membangun dan pengekspor­t minyak.

Sebagai sebuah negara terbuka, Malaysia perlu bersedia menghadapi risiko yang boleh menggugat pertumbuha­n ekonomi.

Negara akan terus mengambil langkah proaktif, bekerja sebagai satu pasukan dan memberi penekanan kepada teknologi digital, inovasi dan kreativiti. Kelebihan ini membolehka­n negara terus mengukuh ekonomi dan berhadapan dengan ketidakten­tuan luaran.

Saya yakin, dengan bersatu, cekal dan berpandang­an jauh, kita berupaya membina ekonomi yang berdaya saing dan berdaya tahan.

Kita akan mencapai status negara maju berpendapa­tan tinggi menjelang 2020 sekali gus membawa kemakmuran dan kesejahter­aan untuk rakyat dan negara.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia