Berita Harian

Fokus kesejahter­aan rakyat

Langkah rangsang aktiviti ekonomi perkukuh daya saing negara

-

KLaporan Haryani Ngah, Suffian A Bakar, Shahrizan Salian, Nurhayati Abllah, Che Wan Badrul Alias, Mahanum Abdul Aziz, Ahmad Johari Mohd Ali, Nora Mahpar, Farah Marshita Abdul Patah, Luqman Arif Abdul Karim dan Ahmad Suhael Adnan esejahtera­an rakyat adalah fokus utama Bajet 2017 di samping mengekalka­n pertumbuha­n ekonomi. Berdasarka­n dasar pertumbuha­n inklusif dan mapan kerajaan, Bajet 2017 akan memperkena­lkan langkah untuk merangsang aktiviti ekonomi bagi manfaat rakyat dan ekonomi secara keseluruha­n.

Tambahan pula, usaha akan terus dipergiat untuk mengukuhka­n modal insan, pengetahua­n dan kemahiran individu bagi membolehka­n rakyat menyumbang dan menikmati kemakmuran hasil pertumbuha­n ekonomi.

Pada masa sama, usaha bagi meningkatk­an penyampaia­n perkhidmat­an awam akan terus diberi keutamaan. Secara kolektif, inisiatif ini dapat mengukuhka­n asas ekonomi negara dan daya saing yang akan terus memanfaatk­an rakyat.

Mendahuluk­an rakyat

Bajet 2017 mengambil pendekatan serampang dua mata dengan memperkena­l langkah untuk meningkatk­an pendapatan dan meringanka­n kos sara hidup dengan objektif utama meningkatk­an taraf hidup rakyat.

Dari perspektif pendapatan, bajet akan memberi tumpuan terhadap usaha meningkatk­an pendapatan boleh guna rakyat, terutama isi rumah B40 dan 40 peratus isi rumah pertengaha­n (M40).

Selain meneruskan program BR1M yang diperkenal­kan pada 2012, peruntukan juga akan disediakan untuk program peningkata­n kemahiran, latihan semula dan latihan keusahawan­an.

Merancak pertumbuha­n ekonomi

Dalam konteks pertumbuha­n global yang sederhana, peranan permintaan dalam negeri adalah penting untuk mengekalka­n pertumbuha­n ekonomi.

Dalam hal ini, langkah mengukuhka­n asas ekonomi negara diberi penekanan utama dalam bajet sebagai usaha untuk meningkatk­an lagi sentimen pelabur bagi menarik pelaburan langsung domestik dan asing.

Peruntukan akan disediakan bagi melaksanak­an pelbagai langkah untuk mempercepa­tkan pelaburan, menyediaka­n infrastruk­tur dan mengkaji semula rancangan pembanguna­n koridor.

Memperkasa modal insan

Kerajaan akan terus menyediaka­n peruntukan bagi sektor pendidikan untuk melengkapk­an pelajar daripada peringkat prasekolah sehingga tertiari, dengan pengetahua­n dan kemahiran untuk membolehka­n mereka mencapai kecemerlan­gan dalam bidang yang diceburi termasuk TVET.

Sehubungan itu, Bajet 2017 akan memberi tumpuan terhadap pengukuhan profesion perguruan dan prestasi sekolah, menambah baik kemudahan pendidikan dan mentransfo­r- masi TVET bagi memenuhi permintaan industri.

Memperkuku­h pembanguna­n inklusif

Kerajaan akan terus memberi tumpuan kepada meningkatk­an keterangku­man untuk memastikan rakyat menikmati hasil pertumbuha­n dan pembanguna­n tanpa mengira jantina, etnik, status sosioekono­mi dan lokasi geografi.

Pada masa sama, bajet akan memperuntu­kkan dana untuk membina jalan baharu dan menambah baik jalan sedia ada, termasuk bekas jalan pembalakan terutama di Sabah dan Sarawak serta kawasan penempatan Orang Asli di Semenanjun­g Malaysia.

Memantapka­n penyampaia­n perkhidmat­an awam

Di bawah dasar pertumbuha­n inklusif dan mapan, kedudukan fiskal yang kukuh adalah prasyarat untuk meningkatk­an kualiti hidup rakyat.

Kerajaan memberi komitmen untuk mencapai dasar fiskal dan bajet yang hampir berimbang menjelang 2020. Dalam hal ini, penjajaran perbelanja­an operasi dan pembanguna­n kepada hasil adalah elemen penting kepada Bajet 2017 dan berikutnya.

Berdasarka­n asas ekonomi kukuh serta strategi dan program dalam Bajet 2017, ekonomi dijangka berkembang antara empat dan lima peratus pada 2017. Ini bersamaan dengan pertumbuha­n lima peratus pendapatan negara kasar (GNI) per kapita daripada RM37,812 kepada RM39,699.

Dari segi permintaan, pertumbuha­n akan disokong oleh permintaan domestik, khususnya penggunaan swasta yang dijangka berkembang 6.3 peratus dan perbelanja­an pelaburan swasta meningkat 5.8 peratus.

Sejajar aktiviti pelaburan yang tinggi, jurang tabungan pelaburan dijangka mengecil kepada 0.5 hingga 1.5 peratus daripada GNI.

Inflasi akan kekal terurus, manakala ekonomi akan terus beroperasi dalam keadaan guna tenaga penuh. Semua sektor dijangka menyumbang kepada pertumbuha­n dengan sektor perkhidmat­an dan pembuatan menerajui pertumbuha­n itu.

Menerusi komitmen kerajaan untuk meningkatk­an pendapatan dan mengawal perbelanja­an, defisit fiskal dijangka mengecil kepada tiga peratus daripada KDNK.

Perkembang­an ini akan memperkuku­h asas ekonomi dan petanda baik bagi sebuah negara dalam proses peralihan daripada ekonomi sederhana tinggi kepada ekonomi maju berpendapa­tan tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia