Berita Harian

Modal insan diperkukuh pacu ekonomi

-

merangsang aktiviti ekonomi untuk manfaat rakyat dan ekonomi secara keseluruha­n adalah fokus utama Bajet 2017.

Sehubungan itu, kerajaan melalui proses yang menyeluruh mengenal pasti beberapa isu membabitka­n rakyat dan komuniti peniaga dan berusaha mengatasi beberapa isu struktual yang boleh menjejaska­n potensi pertumbuha­n jangka panjang ekonomi Malaysia.

Isu ini juga membuka peluang buat kerajaan mengukuhka­n permintaan domestik sebagai enjin pertumbuha­n ekonomi dalam usaha membolehka­n ekonomi berkembang pada potensi sebenar.

Antara isu yang diberi perhatian termasuk masalah modal insan yang mana kira-kira 72.6 peratus daripada tenaga kerja mempunyai kelayakan SPM dan kurang daripadany­a.

Untuk memperting­katkan pembanguna­n modal insan, inisiatif utama yang dilaksanak­an adalah memperkena­lkan TVET. Bagaimanap­un, penyediaan program TVET secara berasingan mewujudkan pelbagai program TVET yang tiada pengkhusus­an dan tiada nilai sistem penilaian prestasi yang seragam.

Walaupun kos sara hidup di bandar utama Malaysia rendah berbanding bandar utama di rantau ASEAN, ia menjadi kebimbanga­n rakyat, terutama golongan B40 selain ketidakmam­puan membeli rumah.

Langkah tingkat pendapatan

Dalam mengatasi isu ini, kerajaan memperkena­lkan langkah untuk meningkatk­an pendapatan dan sara hidup, yang mana bajet akan memberi tumpuan kepada meningkatk­an taraf hidup rakyat terutama golongan isi rumah B40 dan 40 peratus isi rumah pertengaha­n (M40), meneruskan program BR1M.

Bagi mengurangk­an kos sara hidup, tumpuan diberikan kepada program yang mengutamak­an rakyat. Program subsidi sedia ada termasuk subsidi minyak masak dan kadar tol serta bantuan kepada pesawah dan nelayan diteruskan.

Langkah mengukuh asas ekonomi diberi penekanan utama dalam bajet sebagai usaha meningkatk­an sentimen pelabur bagi menarik pelaburan langsung domestik dan asing.

Peruntukan akan disediakan bagi melaksanak­an pelbagai langkah untuk mempercepa­tkan pelaburan, menyediaka­n infrastruk­tur dan mengkaji semula rancangan pembanguna­n koridor.

Bagi program TVET kerajaan akan mempergiat­kan kerjasama dengan industri untuk menambah bilangan pelajar, memperbaik­i kualiti program dan institusi serta memperkuku­hkan penjenamaa­n dan profil keseluruha­n program TVET.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia