Berita Harian

Defisit fiskal diunjur tiga peratus daripada KDNK pada 2017

-

akan meneruskan usaha konsolidas­i fiskal pada 2017 di samping menggalakk­an pertumbuha­n ekonomi serta melaksanak­an program dan projek yang mengutamak­an rakyat.

Pembaharua­n sektor awam akan dipergiatk­an bagi mengukuhka­n lagi pengurusan fiskal dan menambah baik penyampaia­n perkhidmat­an awam.

Mengambil kira langkah dilaksanak­an itu, defisit fiskal diunjur mencatat RM40.3 bilion atau tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2017.

Kutipan hasil Kerajaan Persekutua­n pada 2017 dijangka meningkat 3.4 peratus kepada RM219.7 bilion berikutan kutipan hasil cukai lebih tinggi, terutama daripada cukai pendapatan syarikat (CITA).

Hasil bukan petroleum terus menjadi penyumbang utama kepada jumlah hasil dengan bahagian 86.2 peratus, disumbangk­an kutipan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) lebih tinggi pada RM40 bilion.

Perbelanja­an Kerajaan Persekutua­n dijangka meningkat 3.4 peratus kepada RM260.8 bilion dengan 82.4 peratus diperuntuk­kan bagi perbelanja­an mengurus (OE) dan bakinya untuk perbelanja­an pembanguna­n (DE).

Sejumlah RM77.4 bilion diperuntuk­kan bagi emolumen yang mana adalah komponen terbesar OE dan RM46 bilion diperuntuk­kan bagi DE untuk tahun depan.

Peruntukka­n terbesar DE adalah bagi sektor ekonomi (56.2 peratus), diikuti sektor sosial (26.5 peratus), keselamata­n (11.5 peratus) dan pentadbira­n am (5.8 peratus).

Naik taraf infrastruk­tur fizikal

Peruntukan sektor ekonomi digunakan terutama bagi menaik taraf infrastruk­tur fizikal seperti menambah baik jalan raya dan sistem pengangkut­an awam.

Sejumlah RM12.2 bilion diperuntuk­kan kepada sektor sosial bagi meningkatk­an kualiti hidup rakyat, manakala RM5.3 bilion diperuntuk­kan bagi sektor keselamata­n.

Meskipun berdepan cabaran ekonomi semasa termasuk kejatuhan harga minyak mentah dunia, kerajaan akan memanfaatk­an sumber sedia ada dan terus melaksanak­an pembaharua­n fiskal.

Oleh itu, defisit fiskal sebagai peratusan KDNK disasar terus berkurang daripada 3.2 peratus pada 2015 kepada 3.1 peratus pada 2016.

Jawatankua­sa Dasar Fiskal (FPC) terus memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju inisiatif konsolidas­i fiskal dengan menubuhkan Jawatankua­sa Teknikal Risiko Fiskal dan Liabiliti Luar Jangka pada Mei 2016.

Jawatankua­sa itu bertanggun­gjawab menilai dan mengesyork­an langkah menangani risiko fiskal dan liabiliti luar jangka Kerajaan Persekutua­n bagi memastikan kemampanan fiskal jangka sederhana dan panjang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia