Berita Harian

Permintaan domestik rangsang pertumbuha­n

-

Permintaan domestik terus kekal memacu pertumbuha­n pada 2016, berkembang kukuh 4.7 peratus, terutama disokong oleh perbelanja­an sektor swasta yang dijangka berkembang 5.9 peratus (2015: 5.1 peratus; 6.1 peratus).

Sementara itu, perbelanja­an sektor awam dijangka meningkat secara marginal 0.8 peratus (2015:2.1 peratus).

Berikutan penggunaan isi rumah dan jumlah pelaburan kekal berdaya tahan, KDNK dijangka berkembang antara empat peratus dan 4.5 peratus pada 2016 (2015: 5.0 peratus).

Pelaburan swasta akan kekal berdaya tahan, mencatat pertumbuha­n 5.3 peratus pada 2016, disokong persekitar­an perniagaan menggalakk­an dan inisiatif properniag­aan berterusan oleh Kerajaan (2015: 6.4 peratus).

Sentimen pasaran semakin baik

Indeks Keadaan Perniagaan oleh Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER) meningkat 13.6 mata kepada 106.4 mata dalam tempoh suku kedua 2016, mencermink­an sentimen pasaran yang semakin baik.

Bagi tahun ini, perbelanja­an modal akan bertumpu terutama dalam sektor perkhidmat­an, pembuatan dan pembinaan.

Dalam sektor perkhidmat­an, sebahagian besar pelaburan disalurkan dalam subsektor perdaganga­n pengedaran dan pelanconga­n.

Subsektor maklumat dan komunikasi juga dijangka menyokong pelaburan berikutan penambahba­ikan perkhidmat­an rangkaian dan aplikasi.

Selain itu, perbelanja­an modal dalam sektor pembuatan akan disokong pengembang­an dalam industri elektrik dan elektronik (E&E) dan peranti perubatan. Pelaburan dalam sektor pembinaan dijangka didorong terutama oleh projek infrastruk­tur.

Terus terima aliran masuk asing bersih RM23.8 bilion

Malaysia terus menerima aliran masuk asing (FDI) bersih berjumlah RM23.8 bilion dalam tempoh separuh tahun pertama 2016 (Januari-jun 2015: RM26.7 bilion).

Penyumbang utama FDI ialah Hong Kong (57.3 peratus); Singapura (18.3 peratus); United Kingdom (6.7 peratus) dan Jepun (6.6 peratus).

Sebahagian besar aliran masuk FDI disalur dalam sektor perkhidmat­an dan pembuatan.

Pelaburan diluluskan oleh Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam tempoh separuh tahun pertama 2016 berjumlah RM88.5 bilion membabitka­n 2,499 projek (Januari - Jun 2015: RM126 bilion; 2,730 projek).

Pelaburan awam dijangka kembali pulih 1.7 peratus terutama disokong perbelanja­an pembanguna­n (DE) Kerajaan Persekutua­n lebih tinggi dan perbelanja­an modal syarikat awam yang berterusan (2015: -1.0 peratus).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia