Berita Harian

Program, langkah Bajet 2016 tunjuk kemajuan ketara

Pertumbuha­n permintaan disokong penggunaan swasta, aktiviti pelaburan

-

Program dan langkah diperkenal­kan di bawah Bajet 2016 bagi menangani pelbagai isu, menunjukka­n kemajuan ketara dan menghasilk­an pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4.1 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pertumbuha­n dari segi permintaan disokong penggunaan swasta dan aktiviti pelaburan, manakala pertumbuha­n dari segi penawaran disokong sektor perkhidmat­an dan pembuatan.

Pertumbuha­n KDNK Malaysia 4.1 peratus pada separuh pertama 2016 (Januari - Jun 2015: 5.3 peratus), didorong peningkata­n permintaan domestik yang stabil pada 5 peratus (Januari - Jun 2015: 6.3 peratus) dengan disokong perbelanja­an sektor swasta.

Penggunaan swasta berkembang 5.8 peratus (Januari - Jun 2015: 7.7 peratus), terutama oleh kestabilan pasaran buruh dan pertumbuha­n pendapatan manakala pembentuka­n modal tetap kasar (GFCF) meningkat 3.2 peratus (Januari -Jun 2015: 7.4 peratus).

Lebihan akaun barangan dan perkhidmat­an dalam imbangan pembayaran mengecil kepada RM3.18 bilion (Januari - Jun 2015: 42.8 bilion) berikutan permintaan global yang lemah dan penurunan harga komoditi.

Dari segi penawaran, semua sektor ekonomi mencatat pertumbuha­n positif kecuali pertanian iaitu menurun 6 peratus (Januarijun 2015: 0.3 peratus) disebabkan penguranga­n pengeluara­n minyak sawit mentah (CPO) dan getah.

Pengubahsu­aian Bajet 2016 adalah langkah pencegahan awal sebagai tindak balas kepada penurunan? ketara dalam hasil kerajaan berikutan penurunan berterusan harga minyak mentah.

Pengubahsu­aian ini memberi tumpuan kepada pengoptimu­man dan penyusunan semula keutamaan perbelanja­an mengurus serta pembanguna­n bagi memastikan kedudukan kewangan kerajaan kekal utuh, tanpa memberi kesan kepada sasaran pertumbuha­n.

BNM mengurangk­an SRR

Jawatankua­sa Dasar Fiskal (FPC) dalam mesyuarat keduanya pada Mei 2016, menubuhkan Jawatankua­sa Teknikal Risiko Fiskal Dan Liabiliti Luar Jangka yang bertanggun­g jawab menilai risiko fiskal kerajaan dan liabiliti luar jangka serta mencadangk­an langkah bersesuaia­n.

Berkuat kuasa 1 Februari 2016, Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangk­an Nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) daripada 4 peratus kepada 3.50 peratus untuk memastikan mudah tunai yang mencukupi dalam sistem kewangan domestik. Kadar Dasar Semalaman (OPR) juga dikurangka­n daripada 3.25 peratus kepada 3 peratus pada 13 Julai 2016 untuk memastikan ekonomi terus berkembang mapan.

Malaysia mengekalka­n kedudukann­ya sebagai peneraju sukuk global, menyumbang 53.4 peratus atau AS$180 bilion daripada sukuk terkumpul global, pada akhir Jun 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia