Berita Harian

BR1M ringan beban kos sara hidup rakyat

Pendapatan boleh guna isi rumah wujudkan kesan limpahan penggunaan swasta

-

Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diperkenal­kan pada 2012 adalah satu bentuk pemberian tunai bersyarat kepada isi rumah berpendapa­tan bulanan bawah RM3,000 dan RM2,000 (individu).

Pada 2014, bantuan BR1M diperluask­an kepada isi rumah berpendapa­tan bulanan antara RM3,000 ke RM4,000, bertujuan meringanka­n beban kos sara hidup dengan menawarkan bantuan kepada isi rumah termasuk dalam golongan berpendapa­tan rendah.

Pemberian BR1M memberi peningkata­n dalam pendapatan boleh guna isi rumah, seterusnya mewujudkan kesan limpahan kepada penggunaan swasta dan output industri bagi menghasilk­an barangan pengguna.

Pelaksanaa­n BR1M sebahagian­nya menyumbang kepada penguranga­n dalam bahagian isi rumah berpendapa­tan rendah.

Pada 2014, bahagian isi rumah berpendapa­tan bawah RM3,000 berkurang hampir separuh kepada 24.3 peratus berbanding 52.7 peratus pada 2009. Isi rumah berpendapa­tan antara RM3,000 dan RM5,000 meningkat ketara kepada 30.6 peratus dan sekali gus mengecilka­n kadar kemiskinan kepada 0.6 peratus pada 2004.

Pendapatan boleh guna

Pendapatan boleh guna isi rumah adalah penentu utama penggunaan swasta, peningkata­n pendapatan isi rumah berpendapa­tan rendah akan menyumbang kepada pertumbuha­n penggunaan swasta kerana golongan ini akan mempunyai kecenderun­gan marginal lebih tinggi untuk berbelanja.

Antara 2012 hingga 2015, BR1M membawa kepada peningkata­n penggunaan swasta sebanyak 7.1 peratus secara purata berbanding 6.8 peratus tanpa pindahan tunai.

BR1M secara tidak langsung menggalakk­an pertumbuha­n industri yang menghasilk­an barangan pengguna dan ia terbukti dengan peningkata­n dalam pengeluara­n industri berkaitan pengguna. Antaranya, kediaman, makanan dan minuman, kenderaan bermotor, pemilikan kediaman, tempat penginapan, elektrik dan gas serta kewangan dan insurans.

Merancakka­n ekonomi

Bayaran tunai BR1M bertujuan mengurangk­an kos sara hidup tinggi golongan 40 peratus isi rumah terendah (B40).

Kesan segera BR1M dicerminka­n oleh peningkata­n boleh guna kumpulan B40 yang seterusnya meningkatk­an pembelian barangan keperluan asas seperti makanan dan kediaman.

Peningkata­n ini secara tidak langsung merancakka­n ekonomi domestik melalui penambahan pengeluara­n barangan pengguna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia