Berita Harian

Sistem perbankan kekal berdaya tahan

-

pembiayaan kekal mapan dengan tempoh tujuh bulan pertama 2016 menyaksika­n pertumbuha­n kredit sistem perbankan kekal sederhana, selaras kerancakan aktiviti ekonomi domestik.

Jumlah permohonan pinjaman mencatat peningkata­n kecil kepada RM461.5 bilion berbanding tempoh Januari hingga Julai 2015 sebanyak RM461.4 bilion.

Namun, jumlah kelulusan pinjaman perbankan berkurang 16 peratus kepada RM192.6 bilion dan pengeluara­n pinjaman perbankan menguncup 3.1 peratus kepada RM598.5 bilion.

Jumlah pinjaman terkumpul meningkat 5.1 peratus kepada RM1.4673 trilion pada akhir Julai 2016 berbanding akhir 2015 pada RM1.4451 trilion.

Pinjaman isi rumah terus menyederha­na dengan permohonan pinjaman menyusut 2.4 peratus kepada RM242.1 bilion dalam tempoh tujuh bulan pertama 2016 berbanding akhir 2015 pada RM430.4 bilion.

Kelulusan pinjaman turut merosot 20.9 peratus dan jumlah pengeluara­n pinjaman juga berkurang sebanyak lapan peratus.

Kedudukan mudah tunai sistem perbankan meningkat

Sementara itu, sistem perbankan kekal berdaya tahan disokong kedudukan permodalan yang kukuh yang mana pada akhir Julai lalu, nisbah modal ekuiti biasa kumpulan 1 (CET1) kekal pada 13,3 peratus, nisbah modal kumpulan 1 (14.3 peratus) dan nisbah jumlah modal (16.9 peratus).

Dianggarka­n 80 peratus daripada jumlah modal bank merangkumi modal berkualiti tinggi dalam bentuk keuntungan bersih tertahan, modal berbayar dan rizab; manakala jumlah penampan modal yang melebihi keperluan minimum pengawal seliaan terus melebihi RM128 bilion berbanding akhir Julai 2015 pada RM106 bilion.

Kedudukan mudah tunai dalam sistem perbankan turut meningkat sebanyak RM8 bilion melalui penguranga­n SRR pada 1 Februari 2016.

Industri perbankan Islam pula terus menunjukka­n pertumbuha­n ketara dalam tempoh lima tahun lalu dengan jumlah aset meningkat kepada RM685.4 bilion berbanding akhir 2010 pada RM351.2 bilion; manakala kadar pertumbuha­n tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 14.3 peratus pada akhir tahun 2015.

Bagi tujuh bulan pertama 2016, jumlah aset sistem perbankan Islam termasuk DFI mencatat pertumbuha­n 9.7 peratus kepada RM715.6 bilion.

Jumlah deposit dan akaun pelaburan lslam dalam sistem perbankan Islam meningkat 9.6 peratus kepada RM580.7 billion dengan akaun pelaburan menjadi penyumbang pertumbuha­n selepas pindaan klasifikas­i baharu akaun pelaburan sejak bulan Julai 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia