Berita Harian

Eksport barang pembuatan mengembang 83 peratus

Peningkata­n didorong pengembang­an sektor elektrik dan elektronik serta produk kimia

-

Eksport barangan pembuatan menyumbang hampir 83 peratus kepada jumlah eksport, meningkat 3.8 peratus kepada RM413.3 bilion dalam tempoh lapan bulan pertama 2016.

Ia terutama didorong oleh pengembang­an sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta kimia dan produk kimia (Januari - Ogos 2015: 80.3 peratus; 3.0 peratus; RM398.1 bilion).

Pasaran utama eksport barangan pembuatan ialah Singapura, Amerika Syarikat, China, Jepun dan Hong Kong.

Eksport E&E meningkat 2.2 peratus terutama disokong permintaan mapan bagi peranti semikonduk­tor (1.2 peratus) dan kelengkapa­n telekomuni­kasi yang meningkat ketara 10.9 peratus (Januari - Ogos 2015: 7.4 peratus; 10.3 peratus; 01 peratus).

Eksport bukan E&E kembali meningkat 5.1 peratus (Januari - Ogos 2015: -0.2 peratus), didorong pengembang­an dalam subsektor utama, khususnya kimia dan produk kimia; jentera, kelengkapa­n dan peralatan; barangan perkilanga­n logam; serta barangan optik dan saintifik.

Bagaimanap­un, produk petroleum; besi dan keluli; galian bukan logam serta barang kemas mencatat pertumbuha­n negatif.

Dalam tempoh lapan bulan pertama 2016, pendapatan eksport komoditi menguncup 11.5 peratus kepada RM83.7 bilion (Januari - Ogos 2015: -17.8 peratus; RM94.6 bilion). Prestasi perlahan itu terutama disebabkan harga minyak rendah dan permintaan luar yang lemah.

Import kasar meningkat

Dalam tempoh lapan bulan 2016, import kasar meningkat 0.9 peratus kepada RM448.1 bilion (Januari - Ogos 2015: -1.9 peratus; RM444.3 bilion), disokong permintaan lebih tinggi bagi barangan modal dan penggunaan serta aktiviti eksport semula yang kukuh.

Import barangan pengantara, mewakili 57.2 peratus daripada import kasar, merosot 2.4 peratus kepada RM256.4 bilion (Januari Ogos 2015: 59.1 peratus; -1.7 peratus; RM262.8 bilion), akibat penguncupa­n ketara import bahan api dan pelincir sebanyak 38.6 peratus; makanan dan minuman (8.5 peratus); dan bekalan perindustr­ian (-0.7 peratus).

Bagaimanap­un, import alat ganti dan aksesori berkembang 6.4 peratus, terutama didorong permintaan lebih tinggi bagi produk litar bersepadu elektronik.

Import barangan modal kembali pulih 5.6 peratus kepada RM64.9 bilion (Januari-ogos 2015: 3.7 peratus; RM61.4 bilion), dipacu permintaan kukuh bagi aktiviti pelaburan domestik.

Import barangan modal, kecuali alat kelengkapa­n pengangkut­an, menyumbang 88.8 peratus kepada jumlah barangan modal, meningkat 5.6 peratus terutama disokong struktur terapung bagi sektor minyak dan gas.

Akaun semasa bagi tempoh separuh pertama 2016 mencatat lebihan lebih rendah RM6.9 bilion atau 1.2 peratus daripada Pendapatan Negara Kasar (GNI) (Julai - Disember 2015: RM15.2 bilion; 2.6 peratus).

Ia disebabkan pengecilan lebihan akaun barangan serta akaun perkhidmat­an dan pendapatan yang terus mencatat defisit.

Lebihan akaun barangan berkurang kepada RM43.3 bilion (Julai-disember 2015: RM58.2 bilion) terutama berikutan pendapatan eksport komoditi yang lebih kecil.

Bagi keseluruha­n tahun, lebihan akaun semasa dijangka mengecil kepada RM16.4 bilion atau dalam lingkungan satu peratus dan 1.5 peratus daripada GNI (2015: RM34.7 bilion; 3.1 peratus).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia