Berita Harian

Hutang Kerajaan Persekutua­n 53.2 peratus daripada KDNK

-

Kerajaan Persekutua­n berada pada paras RM655.7 bilion atau 53.2 peratus daripada KDNK sehingga akhir Jun 2016, terutama disebabkan terbitan hutang dalam negeri lebih tinggi bagi perbelanja­an pembanguna­n (DE).

Hutang dalam negeri kekal sebagai bahagian terbesar daripada jumlah hutang iaitu sebanyak 95.9 peratus, manakala baki adalah daripada pinjaman luar pesisir.

Pada akhir Jun 2016, hutang dalam negeri Kerajaan Persekutua­n berjumlah RM628.8 bilion, sebahagian besarnya terdiri daripada Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII).

MGS sebagai instrumen terbesar terbitan Kerajaan Persekutua­n mencatat RM365.9 bilion atau 55.8 peratus daripada jumlah hutang manakala MGII sebanyak RM230 bilion.

Usaha promosi berterusan

Peratusan MGII kepada jumlah hutang Kerajaan Persekutua­n meningkat kepada 35.1 peratus berbanding 21.8 peratus pada 2010, mencermink­an usaha berterusan kerajaan dalam mempromosi­kan Malaysia sebagai hab kewangan Islam antarabang­sa.

Profil kematangan hutang Kerajaan Persekutua­n kekal dengan agihan yang baik, dengan purata matang 9.7 tahun. Hutang luar Malaysia berjumlah RM848.2 bilion atau 68.8 peratus daripada KDNK pada akhir Jun 2016.

Sebahagian besar hutang itu terdiri daripada deposit dan pegangan bukan pemastauti­n ke atas sekuriti hutang berdenomin­asi ringgit sebanyak RM309.6 bilion atau 25.1 peratus daripada KDNK, diikuti hutang sektor swasta sebanyak RM166.7 bilion atau 13.5 peratus.

Pinjaman luar pesisir oleh sektor awam adalah sebanyak 9.9 peratus daripada KDNK, dengan hutang Kerajaan Persekutua­n berjumlah dua peratus.

Pegangan bukan pemastauti­n

Pegangan bukan pemastauti­n ke atas sekuriti hutang berdenomin­asi ringgit, sebahagian besarnya dalam jangka sederhana dan panjang meningkat kepada RM232.2 bilion pada akhir Jun 2016.

Mengenai hutang sektor awam, sehingga akhir 2015, hutang sektor itu berjumlah RM870 bilion atau 75.2 peratus daripada KDNK, dengan hutang Kerajaan Persekutua­n sebagai komponen terbesar berjumlah RM630.5 bilion atau 72.5 peratus daripada jumlah hutang sektor awam.

Hutang syarikat awam bukan kewangan berjumlah RM199.5 bilion atau 22.9 peratus daripada jumlah hutang manakala baki adalah hutang badan berkanun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia