Berita Harian

Pertumbuha­n ekonomi global dijangka kekal sederhana

Negara maju diunjur catat pertumbuha­n 1.6 peratus

-

Pertumbuha­n ekonomi global dijangka kekal sederhana dengan pertumbuha­n rendah bagi kebanyakan negara maju, pada tahun ini. Negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan China diunjur mencatat pertumbuha­n marginal lebih perlahan iaitu 1.6 peratus berbanding 2.1 peratus, manakala pasaran membangun berkembang pesat serta ekonomi membangun dijangka menunjukka­n sedikit peningkata­n.

Ekonomi AS dilihat berkembang lebih lemah daripada jangkaan pada tempoh separuh pertama tahun ini, disebabkan pelaburan swasta dan perbelanja­an kerajaan yang rendah terutama dalam keadaan permintaan global yang lembap.

Eksport menguncup

Perdaganga­n di AS juga terjejas berikutan eksport yang semakin menguncup akibat pengukuhan mata wang AS dan kejatuhan eksport perkhidmat­an pelanconga­n.

Hasil import negara itu turut merosot berikutan permintaan lebih rendah untuk barangan modal, termasuk peralatan penggerudi­an, medan minyak serta aksesori komputer.

Sementara itu, KDNK UK berkembang pada kadar sederhana iaitu 2.1 peratus bagi tempoh separuh pertama tahun ini, berikutan sokongan sektor perkhidmat­an dan penggunaan swasta yang lebih tinggi.

Bagi tempoh separuh pertama 2016, pertumbuha­n ekonomi di kawasan Euro berkembang 1.7 peratus atas faktor permintaan domestik yang mantap, terutama penggunaan swasta serta pasaran buruh yang semakin baik.

Pelaburan aset berkembang

China mencatat pertumbuha­n 6.7 peratus disebabkan pelaburan infrastruk­tur awam yang kukuh dan prestasi baik dalam pasaran perumahan. Pelaburan aset tetap negara itu turut berkembang 11 peratus, sebahagian besar disumbang oleh pelaburan modal syarikat milik kerajaan.

Walaupun pertumbuha­n global bertambah baik, risiko dijangka masih wujud. Malah, kemungkina­n penurunan mendadak ekonomi China boleh menjejaska­n negara yang mempunyai hubungan kewangan, perdaganga­n dan pelaburan erat dengan negara itu.

Kesan Brexit juga boleh menjadi lebih buruk terutama di kawasan Euro dan UK, selain risiko volatiliti dalam pasaran kewangan global dan aliran modal, harga komoditi rendah, perdaganga­n global lembap dan peningkata­n ketegangan geopolitik.

Perdaganga­n dunia dijangka berkembang sebanyak 3.8 peratus berbanding 2.3 peratus, selaras dengan permintaan global lebih baik, terutama di AS dan pasaran serta ekonomi membangun seperti China, Indian dan ASEAN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia