Berita Harian

Ringgit mengukuh hingga Julai

-

mengukuh berbanding mata wang utama dan serantau dalam tempoh Januari hingga Julai 2016.

Sepanjang tempoh itu nilai ringgit meningkat 5.9 peratus berbanding dolar AS, pound sterling (18.9 peratus), euro (4.4 peratus) dan dolar Australia (2.6 peratus). Unit tempatan itu bagaimanap­un menyusut sembilan peratus berbanding yen.

Jika dibandingk­an dengan semua mata wang serantau, ringgit turut meningkat dalam lingkungan satu peratus hingga 8.5 peratus.

Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar AS didorong penangguha­n kenaikan kadar faedah AS berikutan ketidakten­tuan prospek pertumbuha­n global.

Pemulihan harga minyak mentah

Pemulihan harga minyak mentah global pada Januari 2016 menyokong kenaikan mata wang negara pengekspor­t komoditi, termasuk ringgit.

Bagaimanap­un, nilai ringgit menyusut pada akhir Ogos disebabkan aliran keluar dana daripada pasaran serantau susulan jangkaan pelabur terhadap kenaikan kadar faedah AS pada bulan September lalu.

Sementara itu, kadar inflasi mengikut Indeks Harga Pengguna (CPI) berada pada kadar purata 2.3 peratus dalam tempoh lapan bulan pertama tahun 2016, berbanding 1.9 peratus pada tempoh sama tahun lalu.

Pasaran buruh stabil

Pasaran buruh kekal stabil dalam tempoh separuh pertama 2016 seiring aktiviti ekonomi yang berdaya tahan.

Kenaikan inflasi terutama disebabkan kadar CPI lebih tinggi dalam suku pertama 2016 berikutan pelarasan harga yang ditetapkan seperti bayaran tol dan tambang kereta api dalam tempoh suku keempat 2015.

Ia turut disumbang oleh penguranga­n rebat tarif elektrik pada Januari 2016 serta kesan asas rendah dalam tempoh suku pertama 2015.

Dalam pada itu, pasaran buruh direkodkan stabil dengan kadar penganggur­an mencatat 3.4 peratus dengan penyertaan tenaga buruh adalah 67.5 peratus dalam tempoh berkenaan.

Turut meningkat ialah jumlah guna tenaga iaitu 0.2 peratus kepada 14.12 juta dalam tempoh sama berbanding 1.8 peratus dan 14.8 juta, tahun lalu.

Sektor perkhidmat­an kekal sebagai majikan terbesar dengan menyediaka­n 60.5 peratus daripada jumlah pekerjaan, diikuti pembuatan (16.6 peratus) dan pertanian (11.1 peratus).

Pada tahun ini, pasaran buruh dijangka kekal stabil dengan kadar penganggur­an pada 3.3 peratus berbanding 3.1 peratus pada 2015.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia